PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta supaya 'mencermin diri sendiri' terlebih dahulu sebelum meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melakukan taubat nasuha.
Gesaan terhadap pemimpin itu agar mencerminkan diri dahulu disuarakan oleh warga maya yang kurang berpuas hati dengan tindakannya.
Pada Khamis, Zahid Hamidi meminta Sanusi Md Nor melakukan 'taubat’ susulan dakwaan pemimpin PAS itu menghina Sultan Selangor dalam satu ceramah di Selayang, Selangor baru-baru ini.
Menyifatkan tindakan Sanusi itu sebagai 'tak bijaksana', Zahid Hamidi mewakili BN mengingatkan Sanusi tidak semua perkara perlu dijadikan bahan ‘kempen’ menjelang PRN akan datang.
“Politik bukan bahan lawak...saya harap dia bertaubat,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Kenyataan Zahid Hamidi itu bagaimanapun mendapat kritikan dan komen pedas dalam kalangan warga maya.
Seorang pengguna media sosial, Ahmad Syukri Nazri berkata, Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya melihat diri sendiri dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
"Wak Jahid (Zahid Hamidi) sepatutnya melihat diri sendiri di hadapan cermin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan," katanya.
Seorang lagi pengguna, Nor Ekin turut bersetuju dengan pendapat Syukri itu.
"Patut Zahid kena follow (ikut) sekali. Jangan pentingkan diri sendiri. Nasihat semua ahli jemaah menteri," katanya.
Sementara itu, Shukor Rusli pula berasakan Zahid Hamidi merupakan seperti seorang pelawak apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Zahid macam pelawak tapi lawak dia tak lucu. Dia yang patut bertaubat. Rakyat dah tak nak tapi dia tak malu," katanya.
Sebelum ini, tular satu rakaman video media sosial yang memaparkan Sanusi dilihat membandingkan Sultan Kedah dan Sultan Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram