MESKIPUN Penang FC melakar kemenangan di laman sendiri namun tidak dapat dinafikan namun persembahan Kelantan FC berhasil mencuri tumpuan pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.
Harimau Kumbang meraih tiga mata penuh selepas menang tipis 4-3 ke atas The Red Warriors (TRW) dan berhasil melunaskan misi balas dendam selepas Penang FC tewas 0-2 kepada Kelantan FC dalam aksi sebelum ini di gelanggang lawan pada 5 Mac lalu.
Skuad kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid meraih jaringan gol menerusi dua sumbangan dari Hadin Azman, Rafael Vitor dan Alif Ikmalrizal Anuar masing-masing mencetak satu jaringan.
Manakala, pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu pula pulang dengan tiga jaringan gol dari Natanael Siringoringo dan dua lagi gol dijaring penyerang muda, Harith Akif.
Dua jaringan gol daripada Harith mendapat pujian daripada penyokong TRW dan menganggap pemain muda itu mampu membawa perubahan permainan berbeza terutama di bahagian serangan Kelantan FC.
Harith (kanan) bersama rakan sepasukan TRW. — Facebook/TRW
Tidak kurang juga sebahagian pengikut Kelantan merasakan bahawa corak permainan pemain yang turut beraksi di saingan Piala MFL itu lebih baik daripada bekas penyerang import TRW iaitu Nuha Marong dan Ismahil Akinade.
“Padu budak ini, bahaya,” kata penyokong Kelantan, Faiz Balqis.
“Tidak perlu bayar mahal import. Hampa. Ambil yang lokal sahaja pun okay,” tambah seorang lagi penyokong TRW, Yahya Hassan.
Ia bukanlah sekadar omong kosong semata apabila penyerang import dari Gambia, Nuha tidak mencatatkan sebarang jaringan dan Ismahil pula hanya mencetak empat jaringan dalam 11 perlawanan dia diturunkan.
Berbeza dengan Harith yang baru tampil dua kali sebagai kesebelasan utama untuk Kelantan namun sudah memberikan tanggapan dan kesan yang mendalam kepada kem TRW serta penyokongnya.
Oleh itu, tidak salah untuk mengatakan Harith adalah penyembuh luka penyokong yang sedih dengan pemergian dua penyerang import tersebut.
Untuk rekod, Ismahil kini menyarung jersi Kelantan United dan dia dijangka akan memperkukuhkan lagi jentera hadapan Kijang Hijau pada musim ini dalam saingan Liga Super 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram