Tersungkur di Likas, Facebook CEO Perak FC dihujani amukan fans, muak 'gameplay' kapten


  • Podium
  • Selasa, 23 Mei 2023

Muhamad Hafizal disifatkan gagal memainkan peranannya sebagai ketua pasukan The Bos Gaurus. — Facebook/PerakFC

STADIUM Likas di Kota Kinabalu, Sabah terus membuktikan kehebatan pemiliknya yang sebenar apabila skuad The Rhinos berhasil menewaskan Perak FC 3-1 dalam aksi Liga Super pada Selasa.

Penyokong Sang Badak mula bergembira seawal minit keempat apabila penyerang kebangsaan, Darren Lok berhasil membuat jaringan pembukaan dan perkara itu secara langsung memberi tamparan awal pasukan pelawat.

Babak pertama perlawanan berkenaan terus memihak kepada The Rhinos apabila anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak henti-henti melakukan serangan di kubu skuad The Bos Gaurus.

Segala peluang berhasil diterjemahkan dalam bentuk jaringan yang mana pemain tengah Park Tae-su dan Baddrol Bakhtiar masing-masing mencetak gol peribadi pada minit ke-31 serta ke-40.

Bersambung babak kedua, masing-masing pasukan cuba mempamerkan aksi terbaik termasuklah anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim sehingga percubaan dari Harith Naem menembusi gawang Damien Lim.

Jaringan dari anak jati Sabah itu bagaimanapun tidak mampu memberi sebarang mata buat Perak FC dan penyokong masih meluahkan rasa kecewa mereka terhadap corak pemainan Teong Kim.

WhatsApp Image 2023-05-23 at 22.31.38

Keputusan akhir perlawanan Sabah FC menentang skuad Seladang. — Facebook/PerakFC

Bukan hanya corak permainan, malah beberapa pemain turut mendapat kecaman seperti kapten pasukan Perak, Muhamad Hafizal Mohamad Alias yang disifatkan gagal dalam memainkan peranannya.

Perkara itu diluahkan di laman Facebook TBG Super Fan iaitu platform Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bobie Farid Shamsudin untuk membuat interaksi bersama penyokong Seladang.

“LTK tak nampak lagi ke Hafizal ini ceroi? Walau Randy right back last season pun better dari dia. Dari pre-season asyik jadi makanan winger saja,” kata penyokong, Azmuddin Amin.

“Maaf cakap, kapten tiada leadership, banyak ball watching dari bahagian dia. Pening-pening. Kalau ada option lain bolehlah cuba dulu mana tahu lebih baik. Even keeper pun coach boleh tukar-tukar,” jelas peminat, Syafiq Shaq.

Peral FC kini masih kekal berada di tangga ke-11 dengan mengumpul sebanyak sembilan mata, manakala Sabah FC pula menghuni kedudukan keempat liga dengan tujuh kemenangan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram