PEMAIN Kelantan FC pulang hampa selepas tewas 0-4 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Kekalahan itu menjadi petunjuk bahawa pemain The Red Warriors (TRW) terpaksa melupakan hasrat untuk mendapat gaji penuh pada bulan mendatang.
Sebelum ini, pemilik TRW, Norizam menuntut para pemain mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya Liga Super musim ini sebagai syarat untuk mendapat gaji penuh.
Sang Kenari membuka akaun jaringan menerusi gol daripada kapten pasukan, Manuel Ott pada minit ke-15 sebelum Lee Tuck menggandakan jaringan pada minit ke-27.
Pemain Kelantan memanaskan badan sebelum saingan liga bermula di Stadium Darul Aman. — Facebook/ Kelantan FC
Memasuki babak kedua, Manuel Hidalgo pula menambah gol pada minit ke-47 sebelum sepakan penalti Willian Lira melebarkan jaringan Hijau Kuning.
Stadium Darul Aman terus bergegar dengan sorakan penyokong apabila pemain gantian, Jonathan Balotelli pula mencetak gol kelima pada masa tambahan.
Di sebalik kemenangan yang diraih skuad Sang Kenari, pasukan Kelantan perlu menelan pahit apabila ditimpa kekalahan yang kesembilan.
Penyokong Kelantan FC, Irfan Mustafa berasakan pemain kurang motivasi dipercayai kerana masalah kewangan yang menghimpit kelab.
"Pemain main tiada semangat. Nampaklah tiada keharmonian dalam pasukan. Dari pengurusan sehinggalah kepada pemain," katanya.
"Auto makan pasir la nampaknya malam ini," komen Ahmad Faiz Khairy.
"Gaji half main pun half lah," Alem Jusoh.
Balotelli menjaringan gol kelima buat KDA FC. — Facebook/ Kelantan FC
Sementara itu, penyokong Kedah turut memuji peningkatan permainan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Nafuzi selepas tempoh rehat liga.
Namun mereka berharap pemain Sang Kenari tidak dibuai dengan kemenangan itu memandangkan lawan mereka ialah Kelantan yang bukan sahaja antara pasukan tercorot, malah turut dihimpit pelbagai masalah dalaman ketika ini.
"Kelantan tengah bergolak bolehlah tibai besar. Aku tak hairan Kedah menang besar dengan Kelantan. Taktik lapuk apa aku tak tau Nafuzi ni. Mangkaq ubi betoi. Elok simpan Amirbek tu. Lepas tu jumpa team pressing gol buta saja," kata Joe Six.
Pada masa sama, mereka tetap meminta pasukan berwaspada dengan ancaman lawan dalam saingan seterusnya membabitkan pasukan-pasukan kuat antaranya Selangor dan Johor Darul Takzim (JDT).
"Jangan seronok sangat, hampa (anda) Hampa kena jumpa, Selangor, Johor, Kuala Lumpur kerana dari situ barulah lawan sebenar," komen Li Taiyub pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram