Leandro Velazquez menang anugerah bulanan, bukan JDT tapi nama Selangor FC, Terengganu FC, Sri Pahang dan KL City pula dipetik fans


  • Podium
  • Khamis, 18 Mei 2023

Leandro Velazquez muncul pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super 2023 bagi April. — Facebook/JDT

MAESTRO Johor Darul Takzim (JDT), Leandro Velazquez diangkat sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super 2023 bagi April.

Pertandingan yang dianjurkan oleh PFA Malaysia (PFAM) ini menyaksikan Velazquez memenangi pertarungan lima penjuru melibatkan kesemua calon yang terdiri daripada pemain import.

Velazquez memperoleh gelaran tersebut selepas menewaskan pemain-pemain seperti Soony Saad (Penang), Ayron del Valle (Selangor), Stefano Brundo (Sri Pahang) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City).

Ini juga merupakan kemenangan sulung Velazquez untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFA Malaysia.

Apa yang menjadikan kemenangan ini lebih signifikan adalah dominasi JDT dalam anugerah ini dapat diteruskan dengan jayanya.

Sebelum ini, anugerah sama juga berjaya dirangkul oleh Arif Aiman ketika ia dipertandingkan bagi mencari pemenang bagi Februari dan Mac serentak.

346087773_985357609546537_7909418943651458405_n

Posting JDT mengajak penyokong mengundi Leandro Velazquez. Facebook/JDT

Namun menurut salah seorang panel bagi anugerah PFAM ini, @NazreenIzahar di Twitter berkata, mendakwa hanya dua pasukan dari Liga Super memandang serius berkenaan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super 2023 ini.

"Sepanjang jadi panel untuk anugerah ini, aku perasan pasukan pemain yang tercalon pun tak 'promote' dekat penyokong untuk undi pemain mereka.

"Bagi April, hanya JDT dan Penang FC ajak penyokong undi pemain mereka, manakala Selangor FC, Kuala Lumpur City dan Sri Pahang tiada.

"Terfikir juga, Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super 2023 ini tak dipandang ke oleh kelab-kelab Liga Super?" ciapnya di Twitter.

347411381_1023358665295706_1247510758055824718_n

JDT mengucapkan tahniah kepada Leandro Velazquez. Facebook/JDT

Dalam pada itu ciapan tersebut turut mendapat beberapa komen daripada penyokong tempatan.

"Mungkin sebab tak ada dapat duit," kata @Ikhwan.

"Cuba tanya penyokong mereka, mungkin mereka ada jawapannya," jelas @Shaarawy.

Menerusi tinjauan Majoriti di media sosial Selangor FC dan JDT, memang benar skuad Harimau Selatan itu memuat naik calon Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super bagi April pada 11 Mei 2023.

Manakala pasukan Selangor dilihat tidak sebarang memuat naik sebarang posting mengenai Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super bagi April untuk pemainnya iaitu Ayron del Valle. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram