Walau sudah berpisah, fans Perak harap 4 bintang malap Warga Kota warnai aksi Piala FA


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Dari kiri Partiban Janasekaran, Firdaus Saiyadi, Nazirul Naim, dan Kenny Pallraj. — Facebook/KLCity

DEBARAN aksi perlawanan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) menentang Imigresen FC dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat kian dirasai peminat sukan tersebut.

Lebih menarik lagi, pengendali KL City, Bojan Hodak, turut memberi bayangan untuk menurunkan skuad kedua ketika menerima kunjungan Imigresen FC di laman sendiri.

Bagaimanapun dalam kehangatan bahang permainan yang kian dirasai penggemar sukan bola sepak, ada peminat tegar mula memetik empat nama skuad The City Boys yang dahulunya bermain untuk Perak FC.

Mereka adalah pemain tengah, Partiban Janasekaran; pemain kiri belakang, Nazirul Naim; dan pemain pertahanan, Kenny Pallraj yang keluar daripada skuad Seladang itu.

WhatsApp Image 2023-04-13 at 01.50.05

Hanya Partiban yang tidak berada dalam skuad Perak yang menjuarai Piala Malaysia 2018. — Facebook/PerakFC

Manakala pemain sayap KL City FC, Firdaus Saiyadi pula dipinjamkan dari pasukan Perak FC untuk bermain bersama skuad City Boys itu.

Tapi bukan apa, ada cakap-cakap yang mendakwa hati ketiga-tiga anak jati di Lembah Klang masih belum sanggup berpisah dengan skuad Perak itu.

Seorang pemerhati bola sepak Perak FC, Hanif Ben berkata, keadaan pemain skuad berkenaan seperti tidak lengkap tanpa keempat-empat pemain asal pasukan berkenaan.

"Ada empat orang ini pun mungkin Perak FC dah okey sedikit.

"Tidaklah macam sekarang, semua macam baru nak belajar main bola," katanya.

Tidak kurangnya komentar daripada Haziq Omar yang turut mencadangkan jurulatih Perak FC untuk menarik semua pemain-pemain berkenaan, terutamanya Kenny Pallraj.

"Kalau tak silap (Kenny) pernah cakap kesilapan dia yang terbesar adalah meninggalkan Perak FC.

"Tapi ketika itu keadaan mendesak jadi dia pilih KL City FC," katanya.

Bagaimanapun peminat tegar Perak FC, Hamidi Mokhtar berpendapat sebaliknya apabila dia memberitahu ketiga-tiga pemain berkenaan tidak sepatutnya dihalang untuk berhijrah ke pasukan yang lebih baik kerana bimbang ia akan membunuh kerjaya mereka sebagai pemain bola sepak.

"Semangat kenegerian pasti tidak penah hilang. Cuba lihat semua Star Perak pernah berhijrah. Sebab itu... cari duit dan cari pengalaman," tegurnya.

'Move on' atau tidak, mereka tidak sepatutnya membiarkan momen indah bersama skuad Seladang itu mengganggu fokus perlawanan menentang Imigresen FC pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram