Menjelang aksi di Cheras, fans Perak mahu produk trial Cardiff City berehat, beri peluang bekas sayap PJ City


  • Podium
  • Isnin, 10 Apr 2023

Selain Sunil Chandran, khidmat Luciano Guaycoche (kiri) dan Wan Zack Haikal juga ditagih untuk beraksi selama 90 minit perlawanan. — Facebook/ Perak FC

TUGAS berat menanti Perak FC dalam perlawanan menentang KL City FC di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

Skuad The City Boys yang baru mencatatkan kemenangan sulung dalam Liga Super musim ini pastinya mahu meneruskan rentak positif apabila berdepan The Bos Gaurus (TBG).

Perak FC kendalian Datuk Lim Teong Kim pula bukanlah dalam mood terbaik selepas mereka kalah berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir termasuk dalam aksi menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Kekalahan itu bagaimanapun bakal menjadi suntikan semangat kepada TBG untuk bangkit dan bermain lebih baik pada perlawanan seterusnya.

334965369_1196059107758738_164166174353092352_n

Sunil baru dua kali diturunkan dalam kesebelasan utama Perak FC setakat ini. — Facebook/ Perak FC

Justeru dalam aksi menentang KL City, Perak FC diharap dapat menurunkan pemain-pemain terbaik supaya dapat membuktikan mereka layak bersaing di peringkat Liga Super.

Ada penyokong yang mahu khidmat pemain sayap, Sunil Chandran dimanfaatkan dalam perlawanan berkenaan memandangkan dia banyak duduk di bangku simpanan.

Bekas pemain sayap PJ City FC itu pertama kali diturunkan ketika aksi menentang KDA FC pada 25 Februari lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu kemudian hanya membuat penampilan dari bangku simpanan dalam empat perlawanan berikutnya sebelum diturunkan semula ketika pertembungan dengan Penang FC pada 31 Mac lepas.

Pemain berusia 23 tahun itu kemudian diturunkan sekali lagi ketika pertembungan Perak dengan Penang FC, namun tidak tersenarai dalam skuad semasa menentang JDT.

338852634_520113696956941_3780063970106843483_n

Aris dirasakan kurang bersungguh-sungguh dalam permainan dan banyak membuat 'ball watching'. — Facebook/ Perak FC

Justeru, khidmatnya amat diharapkan oleh para penyokong Perak FC yang mahu pasukan Seladang mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan tersebut.

Pada masa sama, pemain tengah Perak, Aris Asri diharap dapat direhatkan seketika daripada penampilan di skuad utama selepas persembahan mengecewakan ketika menentang JDT.

Ini kerana ada penyokong yang menyifatkan Aris kurang bersungguh-sungguh dalam permainan dan banyak membuat 'ball watching'.

Produk trial Cardiff City itu membuat empat penampilan sepanjang beraksi dengan Perak FC setakat ini.

KL City FC kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul enam mata manakala Perak FC dalam kelompok lima terakhir iaitu di tangga ke-11. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram