REAKSI Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim yang bersikap acuh tak acuh ketika menjawab soalan wartawan selepas pasukannya dibelasah 0-5 oleh Johor Darul Takzim (JDT), pada Rabu mendapat kritikan ramai.
Ketika diajukan soalan, Teong Kim membuat isyarat seolah-olah tidak mendengar pertanyaan wartawan Astro Arena mengenai persembahan pasukannya sambil matanya meliar memandang ke arah lain.
Wartawan berkenaan mengulangi soalan itu sambil merapatkan mikrofon kepada Teong Kim sebelum dia akhirnya memberi jawapan balas dengan nada sarkastik.
Soalan yang ditanyakan berbunyi, “Okey Coach, jadi kini selepas tujuh perlawanan liga pertama, apakah kekurangan yang kamu lihat ada pada pasukan Perak ketika ini?”
Teong Kim dengan wajah agak geram membalas, “Kekurangan? You nampak game bukan, you fikir sendirilah apa kekurangan kami. Bukan you tak lihat game. Siapa yang lihat dia tahulah.”
Akibat jawapan itu, Teong Kim menerima kritikan kerana dikatakan mudah 'koyak, kurang profesional dan tidak mesra media apabila berada dalam situasi tertekan.
Bukan pertama kali pengendali The Bos Gaurus itu memberikan jawapan balas sedemikian kepada wartawan.
Sebelum ini, ketika Perak terikat seri 0-0 dengan PDRM FC, Teong Kim berasakan pasukannya perlu memanggil bomoh Indonesia untuk membantu mendapat sentuhan lebih tajam.
Di sebalik kritikan yang dilontarkan kepadanya, ada penyokong JDT yang mempertahankan bekas penolong jurulatih Bayern Munich B-19 itu.
"Kadang-kadang, wartawan pun tanya soalan macam minta maki juga.
Tangkap layar status laman penyokong JDTFC. — Facebook
"Yang kalah dengan JDT tu pasukan Perak. Bukan Bayern or PSG. Tak payah la tanya apa kekurangan. Confirm la bersepah error dan mistake.
"Ibarat motor Kriss standard kilang, kalah lawan Ducati. Lepas tu kau tanya rider Kriss, apa kekurangan sampai kalah ngan Ducati. Kau rasa?
"Wartawan pun bijak sikit tanya soalan, tanyalah soalan lain. Contoh macam perancangan team akan datang, tanya cara untuk bangkit lepas ni, atau lain-lain.
"Ni tidak, member dah la kalah straight, kau pula boleh tanya soalan macam ni, ibarat menambah garam dalam luka. Makin panas la member tu...
"Done backup," kata laman Facebook penyokong JDTFC.
Teong Kim memberikan arahan kepada pemainnya di tepi padang ketika aksi menentang JDT pada Selasa. — Facebook/ PerakFC
Sementara itu, jurulatih akar umbi, Shazwan Wong, pula memberikan jawapan balas yang elok ketika ditemuramah.
"Jawapan sebenar - pemain kami masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari untuk mencapai level yang diperlukan.
"Perlawanan ini kami banyak kekurangan dan pastinya kami akan baiki pada perlawanan akan datang.
"Saya percaya pemain saya akan bangkit,” katanya.
Di bawah bimbingan Teong Kim, Perak bolos sebanyak 15 gol dan menghuni tangga ke-10 dengan kutipan lima mata dalam aksi Liga Super setakat ini.
Aksi seterusnya menyaksikan Perak bakal berdepan KL City di Stadium Cheras pada 10 April depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram