'Player JDT next level', fans mahu pemain Harimau Malaya perbaiki 'basic football'


  • Podium
  • Rabu, 29 Mac 2023

Corbin Ong berjaya mempamerkan aksi yang baik ketika bertemu Hong Kong pada Selasa. — Facebook/FAM

HARIMAU Malaya terus mempamerkan aksi garang susulan berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa.

Selepas memperoleh kemenangan ke atas Turkmenistan Khamis lalu, skuad kebangsaan memasuki aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang kedua berdepan pasukan bekas kendalian Kim Pan-gon, Hong Kong.

Dalam perlawanan itu, Harimau Malaya beraksi baik apabila menjaringkan dua gol menerusi Akhyar Rashid pada minit ke-18.

Manakala Faisal Halim pula berjaya menewaskan pertahanan Hong Kong dan melakukan sepakan deras yang menghadirkan gol kedua buat pasukan kebangsaan pada minit ke-41.

Walaupun berjaya menewaskan Hong Kong, ternyata persembahan yang ditampilkan oleh anak buah Pan-gon tidak begitu memuaskan.

Akhyar Rashid dan Faisal Halim meraikan jaringan gol bersama-sama. Facebook/FAM

Ia kerana Hong Kong banyak kali memaksa Syihan Hazmi untuk bekerja lebih keras berbanding ketika menentang Turkmenistan.

Persembahan Harimau Malaya turut menghadirkan pelbagai reaksi daripada penyokong, apabila ada yang mengatakan kualiti 'basic football' pemain Johor Darul Takzim (JDT) di tahap yang berbeza.

"Sangat ketara, pemain lain terlalu mudah hilang bola, tak boleh serap tekanan dari lawan jadi kelam kabut, pemain JDT lebih tenang secara keseluruhannya," ujar Mohd Zaiful.

"Paling best tengok Corbin Ong main, tahan bola lekat, hantar bola tepat, kerja bola dapat layak dapat 'man of the match' semalam (Selasa)," jelas Siti Zaleha.

"Pemain selain JDT, nampak kawal bola kurang baik, hantaran tak tepat, tahan bola terlepas, lambat passing bola, banyak buat silap depan gol," kata Esam Salipan.

"Player lain selain JDT tak biasa main dekat padang Zyon Zoysia, bola jadi lebih laju berbeza dengan Cow Grass," luah Wak Denz.

Pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu menyaksikan jaringan di babak pertama oleh Faisal Halim dan Akhyar Rashid memastikan Malaysia menewaskan Hong Kong buat kali kedua berturut-turut selepas menang 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Kuala Lumpur pada Jun 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram