EPISOD suram Penang FC bermula lagi apabila musim ini skuad Harimau Kumbang sekali lagi menghuni kedudukan tecorot di dalam saingan Liga Super dengan hanya merekodkan dua mata selepas lima perlawanan.
Gagal merekodkan sebarang kemenangan sememangnya hanya menambah duka buat penyokong Harimau Kumbang yang semakin lama semakin muak dengan keputusan tidak memihak kepada Penang FC itu.
Perasaan kecewa terhadap pasukan sendiri itu masih tidak dapat diubati meskipun perlawanan barisan pemain sedang bertungkus-lumus membuat sesi latihan bagi perlawanan menentang Perak FC pada Jumaat ini.
Aksi keenam yang diadakan di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang itu sepatutnya menjadi aksi bermatian-matian untuk meraih kemenangan pertama namun penyokong pula mempunyai pendapat berbeza.
Kekecewaan mereka terhadap skuad di bawah kendalian Chong Yee Fatt terserlah apabila ada penyokong yang menyatakan bahawa Penang FC hanya menjadi mangsa pasukan lain dan seterusnya mungkin akan berakhir di saingan Liga M3.
Aksi terakhir Penang FC adalah pada 17 Mac lalu yang mana Harimau Kumbang tewas 2-5. — Facebook/PenangFC
“Nak salahkan jurulatih pun tidak boleh. Sebab yang main ini individu sendiri lah ini. Biarlah jadi lubuk, lepas itu tahun depån. Layak main Liga M3, jadi Sarawak dengan Melaka. Satu geng dengan Perlis, geng lah mereka,” komen penyokong Harimau Kumbang, Mohamed Farez Lah.
“Tiga mata penuh untuk Perak...aku dah meluat dah tengok Penang. Penat tunjuk sokongan, akhirnya tewas juga. Pasukan lubuk tiga mata.
“Nampak awal permainan dah macam padu tapi haram. Last tidak semangat. Nak kata gaji tidak bayar, semua bayar. Tak tahu nak salahkan siapa. Jurulatih atau siapa, aku tak tahu,” tambah seorang lagi penyokong, Mohamed.
Musim lepas, penyokong pasukan Penang FC dilihat tidak mampu lagi menahan kemarahan atas siri kekalahan Penang FC yang dipamerkan skuad itu.
Penang FC menghabiskan saingan Liga Super 2022 dengan menduduki kedudukan tercorot dan hanya mengumpul 11 mata selepas 22 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram