SELEPAS empat perlawanan Liga Super, Sri Pahang FC meraih mengekalkan rekod tanpa kalah menerusi satu kemenangan dan tiga keputusan seri dengan jumlah jaringan sebanyak tujuh gol.
Walaupun prestasi itu agak baik, skuad Tok Gajah dirasakan tidak cukup bernafsu untuk memperoleh lebih banyak gol dan mata kemenangan.
Tambahan lagi, pasukan itu dikendalikan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad yang menyaksikan pencapaian Sri Pahang FC setakat ini tidak cukup setanding dengan reputasi jurulatih tersebut.
Penyerang Sri Pahang FC, Kpah Sherman mengakui dia perlu menggalas tanggungjawab besar memandangkan gandingannya di bahagian serangan, Lucas Espindola Silva masih cedera.
Peledak dari Liberia itu mencetak dua gol setakat ini dan berharap dia dapat melakukan lebih untuk membantu pasukan Tok Gajah mendapat lebih banyak kemenangan.
“Bermain dengan seorang penyerang memang agak sukar, namun kita tidak boleh nak buat apa sementara Lucas masih cedera.
“Kalau kita dapat lebih banyak gol, mungkin kita akan meraih lebih banyak kemenangan dan meletakkan pasukan di kedudukan lebih baik dalam carta," kata pemain berusia 31 tahun itu.
Selepas empat perlawanan liga ketika ini, Sri Pahang FC berada di kedudukan kelima dengan enam mata.
Menurut Kpah, dia berharap pemain lain yang bermain di posisi tengah menyerang boleh membantu mencetak gol dalam perlawanan menentang Perak FC di Stadium Perak pada Khamis.
"Saya harap yang lain pun akan bantu juga jaringkan gol dan cipta peluang untuk buka akaun jaringan.
"Saya juga akan menggandakan serangan ke gawang lawan," katanya.
Kpah membantu Sri Pahang FC mengutip satu mata selepas menyamakan kedudukan 1-1 dengan Sabah FC dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, pada Ahad lalu.
“Gol itu amat berharga kerana menyelamat pasukan daripada kekalahan di laman sendiri. Jadi saya dedikasikan jaringan ini untuk isteri dan juga anak saya yang baru lahir," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram