"BENDA wajib pengurusan kelab ubah dan baiki ialah pengurusan jualan jersi pre order."
Itulah luahan majoriti penyokong Kelantan FC apabila ada dakwaan mengatakan masih lagi tidak dapat jersi walaupun sudah membuat pembelian ketika pelancaran jersi pada bulan lepas.
Harga jersi Kelantan untuk musim 2023 berharga RM39.90 sehelai untuk kualiti fans issue, manakala untuk player issue pula sehelai jersi berharga RM199.90.
Sebelum ini pihak pengurusan jersi Johor Darul Takzim (JDT) turut mendapat kritikan penyokong Harimau Selatan berkenaan penjualan dan kualiti jersi.
Antara luahan penyokong di media sosial berkenaan penjualan jersi Kelantan.
Menurut penyokong Kelantan, isu jersi ini sudah lama berlaku sejak musim lepas namun masih belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan.
"Tiap tahun benda sama, pasukan lain macam Selangor elok sahaja hari pelancaran boleh order, lepas itu kalau ada orang nak beli esok lusa masih boleh order," kata I-Seller Watches.
"Dia jadi susah bukan apa, ambil order dulu jersi tak buat lagi, tengok berapa ramai nak beli,barulah pergi cari kain," jelas Mazli Awang.
"Pengurusan jersi tahun ini paling teruk tahun lepas tak teruk macam ini, game kelima masih tak boleh pakai lagi," ujar Hqi Naem.
"Pengurusan jersi buat lebih order fan issue boleh? Dah dekat sebulan masih belum dapat lagi ini," luah Irwan Mustapa.
Apa yang pasti, diharapkan pihak pengurusan Kelantan dapat memikirkan tentang masalah yang dihadapi kerana pastinya ingin penyokong tidak sabar untuk memiliki jersi yang berkualiti sebagai sokongan mereka terhadap kelab yang mereka cintai.
Majoriti sudah menghubungi pihak pengurusan TRW untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tersebut.
Pihak pengurusan Kelantan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram