Goulon baru pulih, game NSFC-KL City pula kena tunda


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Perlawanan antara pasukan NSFC dan KL City FC terpaksa ditunda kerana cuaca buruk. — Facebook

PERLAWANAN Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kuala Lumpur City FC terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk dan keadaan padang yang ditakungi air.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan tarikh baharu antara kedua-dua perlawanan tersebut akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan itu sempat berlangsung seketika sebelum dihentikan akibat hujan lebat.

335136841_518158803842310_8051119454886156100_n

Sementara itu, NSFC menerusi satu kenyataan memaklumkan semua pemegang tiket perlawanan boleh menggunakan kembali tiket aksi tertunda pada hari perlawanan kelak.

Bagi tujuan pengesahan, NSFC berkata, pemegang tiket fizikal diminta untuk membawa potongan tiket yang telah dibeli.

"Untuk pembeli tiket atas talian, anda hanya perlu menunjukkan screenshot pembelian.

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan," katanya.

335536671_727559455526070_3394786316956404070_n

Pada perlawanan itu, pemain tumpuan NSFC, Herold Goulon diturunkan dalam kesebelasan utama menentang KL City FC.

Goulon sebelum ini terpalit kontroversi kerana tidak dapat diturunkan menentang Johor Darul Takzim (JDT)

Namun begitu, pengendali NSFC, K Devan menjelaskan Herold Goulon berdepan dengan isu kecergasan sekali gus tidak dapat diturunkan pada aksi menentang JDT, Isnin lalu.

"Aduh kasihan Goulon penat-penat dia pulun recover dengan fisioterapi NSFC, tapi game tunda pula," usik seorang penyokong, Daniel Kincaid.

NSFC dan KL City FC mengumpul dua mata selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Super setakat ini. Kedudukan kedua-dua pasukan itu dibezakan dengan jumlah jaringan gol yang mana skuad Warga Kota memperoleh dua gol manakala skuad Jang satu gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram