Berjaya buat 'come back', fans Tok Gajah tetap tak gembira statistik lawan TBG


  • Podium
  • Khamis, 09 Mac 2023

Stefano Brundo menyempurnakan penalti pada masa kecederaan sekali gus memberi kemenangan 2-1 kepada skuad Tok Gajah. — Facebook/Sri Pahang FC

SRI Pahang FC melangkah ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Perak FC dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada Rabu.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak menguji barisan pertahanan skuad Tok Gajah sehingga membolehkan Perak pula membuka tirai jaringan menerusi Christian Obiozor pada minit ke-34.

Namun Sri Pahang bangkit pada minit-minit akhir perlawanan apabila Malik Mat Ariff menyamakan kedudukan pada minit ke-82 dan Stefano Brundo menyempurnakan penalti pada masa kecederaan sekali gus memberi kemenangan 2-1 kepada Tok Gajah.

Statistik perlawanan Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC

Sejurus tamat permainan itu, skuad Tok Gajah memuat naik statistik perlawanan ketika menentang Perak sehingga menarik perhatian penyokong Pahang,

Menurut penyokong Sri Pahang FC, mendakwa statistik yang dimuat naik itu jelas menunjukkan skuad Tok Gajah masih lagi lemah dari segi serangan dan penguasaan bola.

"Banyak lagi itu nak kena perbaiki, sebab itu bila tiba musim baru jangan selalu tukar pemain, bukan tak boleh tukar cuma hanya ganti di posisi yang sesuai," kata Biru Mata Hitamku.

"Benar, Pahang lebih banyak buat percubaan, namun masih tumpul, tak dapat menghasilkan banyak gol. Pahang perlu asah serangan," ujar Mohamad Sukri Rostam.

"Memang main defend dapat bola terus long ball dekat penyerang ke? soal Mie SD.

"Mohon pemain-pemain semua fokus, sayang bila hilang fokus banyak loose ball dan hantaran tak tepat," luah Firdaus Mazlan.

Kejayaan ini menyaksikan anak-anak buah Fandi Ahmad berdepan Selangor di pusingan kedua.

Ia selepas seri 1-1 dalam perlawanan liga sebelum ini, sudah pasti Fandi tidak mahu pisang berbuah dua kali lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram