JDT umum projek mega, fans TRW harap Bohzam contohi cara TMJ


  • Podium
  • Isnin, 27 Feb 2023

Norizam menjadikan TMJ sebagai contoh dalam pengurusan kelab bola. — Facebook

KELAB bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan bakal memulakan satu projek besar bagi mengembangkan lagi perjalanan kelab Harimau Selatan musim 2023.

Pengumuman mengenai projek tersebut dimuat naik di laman rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin sekali gus menjawab persoalan berhubung projek baharu yang kerap kali disebut-sebut Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) di laman sosial baginda.

Projek mega tersebut difahamkan akan melibatkan kolaborasi bersama syarikat antarabangsa dan tokoh-tokoh terkenal dalam industri bola sepak global bertujuan memartabatkan lagi jenama Harimau Selatan.

Projek akan datang itu merupakan cetusan ilham TMJ dalam usaha mengembangkan lagi kelab dari segi aspek bola sepak dan jangkauan komersial.

333154867_1315625925970294_9063840674385565356_n

TMJ (berbaju putih) bakal memulakan satu projek besar bagi mengembangkan lagi perjalanan kelab Harimau Selatan musim 2023. — Facebook

Pengumuman itu buka sahaja menggembirakan penyokong JDT malah turut menarik perhatian penyokong Kelantan FC kerana ramai tahu pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman menjadikan TMJ sebagai contoh dalam pengurusan kelab bola.

"Zamsaham (Norizam) kena ikut flow cara TMJ ni," kata Muhammad Ahmad.

Norizam sebelum ini menyifatkan TMJ ialah individu yang banyak berjasa kepada bola sepak Johor kerana sanggup TMJ sanggup mengambil alih kepimpinan bola sepak Johor dan berjaya mencoraknya hingga berjaya seperti hari ini.

Norizam mencontohi jejak TMJ selepas menjadi penyelamat Kelantan FC apabila membeli kelab itu sekitar tahun 2019 dengan nilai RM6.8 juta serta melunaskan semua hutang serta tunggakan gaji pemain.

333607274_1607304466452822_8580265693804958154_n

Pasukan TRW mengalami kekalahan sulung kepada Kuching City dalam saingan Liga Super yang membuka tirainya 25 Februari lepas. — Facebook

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Farris Farrell berkata, dia berharap pemilik Kelantan FC itu tidak berputus asa dalam menerajui kelab tersebut.

"Dengan kekalahan pada aksi pertama lawan Kuching City FC baru-baru ini, aku harap dia tak give up saja.

"Penyokong Kelantan dah molek penuhkan stadium tapi pemain pula nampak macam tak bersungguh main depan penyokong sendiri," katanya.

Muhammad Ahmad turut berharap pemain dan jurulatih TRW dapat membuat persiapan rapid untuk game kedua nanti manakala bos Zamsaham boleh bagi idea mcm mana untuk peningkatan pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram