SABAH FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas, Sabah pada Ahad.
Pasukan Negeri di Bawah Bayu itu memperoleh gol hasil jaringan Saddil Ramdani (dua gol), Park Tae-Su dan Stuart Wilkin.
Di sebalik kejayaan Sabah mencipta kemenangan sulung, ada penyokong yang ternanti-nanti bisa daripada penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Darren Lok.
Pemain kacukan England-Malaysia itu dipikat untuk menyertai skuad Sang Badak musim ini selepas kelab Petaling Jaya City FC (PJ City FC) yang diwakilinya musim lalu menarik diri daripada saingan liga.
Ketajamannya di bahagian serangan amat dinanti-nantikan oleh para penyokong namun ia belum dapat diterjemahkan lagi setakat ini, kecuali ketika aksi pramusim Sabah yang mana Darren mencetak nama sebagai penjaring ketika menentang kelab Liga Singapura, Geylang International dan Tampines Rovers.
Darren diharap dapat mempamerkan ketajamannya di hadapan pintu gol itu untuk membantu Sabah dalam aksi-aksi akan datang. — Facebook
Rata-rata penyokong menaruh harapan agar Darren dapat mengulangi ketajamannya di hadapan pintu gol itu untuk membantu Sabah dalam aksi-aksi akan datang.
"Darren tiada jaringan sebab dia sentiasa kena marking habis-habisan oleh pertahanan lawan tapi dia bijak curi bola...very pure striker.
"Dia bijak buka ruang untuk kawan lain menjaringkan gol. Larian laju gila...top striker terbaik yang Sabah FC ada. Dia ni kalau terlepas daripada marking defend lawan, sangat-sangat bahaya ni...mantap Darren," katanya.
Mereka berharap Darren menggunakan ketangkasan untuk mencuri bola daripada kaki lawan selain memberi ruang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol dalam situasi jika dia dikawal rapi oleh pemain pertahanan lawan.
Pemain berusia 32 tahun itu juga dirasakan akan mempamerkan bisa sebenar dengan larian pantas dan kreativiti di depan gawang pasukan lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram