Macam terlebih makan tomyam, fans hampa debut longlai Liridon bersama TFC


  • Podium
  • Isnin, 13 Feb 2023

Aksi sulung Liridon bersama TFC ketika menentang Odense BK pada Ahad. — Facebook

SKUAD Terengganu FC menjalani aksi pemanas badan selama seminggu dalam siri jelajah pramusim di negara jiran, Thailand bermula 8 hingga 13 Februari.

Aksi pramusim membabitkan empat perlawanan itu menjadi medan buat pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner mencongak kesebelasan utama skuad Sang Penyu.

Ini termasuk penilaian terhadap tonggak naturalisasi, Liridon Krasniqi yang diperkenalkan sebagai pemain baharu TFC ketika perlawanan ketiga menentang kelab Denmark, Odense BK pada Ahad.

TFC yang menandatangani Liridon sebagai pemain pinjaman dari kelab Johor Darul Takzim selama satu tahun itu mengisi slot di posisi tengah menyerang.

Begitupun dalam aksi sulung pemain kelahiran Kosovo itu bersama TFC, rata-rata penyokong Sang Penyu tidak dapat melihat impak besar yang dilakukannya di atas padang.

329241182_1653571361756787_6414644336293887790_n

Tahap kecergasan Liridon dikatakan tidak berada pada tahap optimum. — Facebook

Ini kerana ada yang berpendapat tahap kecergasan pemain tersebut tidak berada di tahap terbaik ketika ini dan memerlukan lebih banyak latihan kecergasan bagi mengembalikan sengatnya di atas padang.

"Terlebih macam tomyam ni nampak gaya, berat badan, kurang stamina, passing out," tulis laman penyokong We Bleed Black & White.

Aksi longlai Liridon itu juga sekali lagi diperkatakan ketika dia diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Chonburi FC dalam perlawanan persahabatan pada Isnin.

"Liridon ini ada membawa impak kerana kelebihan body contact tapi fitness (kecergasan) dia out," tulis laman penyokong itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram