Dion Cools 'panas enjin', ada 'senjata baharu' jumpa TRW


  • Podium
  • Khamis, 12 Jan 2023

Cools mengisi kuota Asean bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan Buriram United di sebelah kanan.

SELEPAS bercuti panjang, kebanyakan pemain menyarungkan jersi semula untuk menjalani latihan bagi menghadapi cabaran musim baharu.

Ini termasuklah pemain warisan, Dion Cools yang menandatangani kelab gergasi Thailand, Buriram United bagi menghadapi pusingan kedua Liga Thailand.

Pemain berusia 26 tahun itu memilih untuk menyertai juara terbanyak Thai League 1 sebanyak lapan kali, selepas kontraknya bersama kelab Republik Czech, FK Jablonec berakhir pada 3 Januari lalu.

325369906_1605938053162349_7125401952995013015_n

Gaya bersahaja Cools dan rakan sepasukan bagi menghadapi perlawanan menentang skuad TRW.

Cools mengisi kuota Asean bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan Buriram di sebelah kanan.

Baru-baru ini pemain itu dilihat mula memanaskan 'enjin' selepas memasuki gimnasium bersama rakan sepasukan, Lonsana Doumbouya, Haris Vuckic dan Goran Causic.

Ketiga-tiga bintang import itu turut diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab tersebut bagi musim ini.

Turut kelihatan dalam gambar yang dimuat naik di Insta Story itu ialah penyerang Buriram United, Supachai Chaided yang bersama-sama mereka.

Gaya bersahaja mereka di gim seolah-olah sudah melaungkan cabaran untuk memberikan saingan sengit kepada lawan nanti.

325320860_874232020292975_4128029972733233563_n

Cools dipercayai akan melakukan debut bersama Buriram dalam aksi menentang Kelantan FC sempena Asean Charity Shield 2023 di Stadium Songkhla pada Ahad ini.

Perlawanan itu pasti akan mendapat perhatian kerana Cools merupakan antara nadi utama pasukan Harimau Malaya mara ke Piala Asia 2023.

Bagaimanapun pemain berusia 26 tahun itu tidak menyertai skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF 2022 kali ini atas urusan peribadi.

Manakala Buriram United pula rata-rata dibarisi pemain-pemain utama pasukan kebangsaan Thailand, Gajah Perang termasuk Theerathon Bunmathan, Sasalak Haiprakhon dan Peeradol Chamratsamee. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram