Bakal jadi pencabar Syihan Hazmi, anak legenda Chelsea gegarkan Liga M


  • Podium
  • Khamis, 12 Jan 2023

Julian memulakan karier bola sepak di skuad bawah 18 tahun Fulham yang berpangkalan di England. — Facebook/ Kuching City FC

DALAM kerancakan kelab-kelab tier 1 Liga Super menyambar pemain-pemain berstatus bintang ke pasukan masing-masing, Kuching City FC yang baru 'naik pangkat' ke divisyen utama Liga Malaysia tidak ketinggalan berbuat demikian.

Kejayaan menempatkan diri dalam Top 3 di pentas Liga Perdana di belakang Johor Darul Takzim II dan Kelantan FC meletakkan The Cats di kedudukan selesa untuk menyambar slot ke Liga Super 2023.

Kuching City FC dalam proses mempersiapkan barisan pemain untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim depan termasuk membawa empat pemain import baharu.

Kelab itu sudah membawa masuk pemain tengah dari Uzbekistan, Sirojiddin Kuziev, Celio Ferreira dos Santos (Brazil) dan Mihailo Jovanovic (Serbia).

WhatsApp Image 2023-01-12 at 07.32.39

Mark Schwarzer mengikuti laman Instagram rasmi Kuching City FC.

Terbaharu kelab itu memperkenalkan Julian Schwarzer Garcia, pemain kelahiran Harrogate, England sebagai penjaga gol.

Julian menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong The Cats memandangkan pemain berusia 23 tahun itu merupakan anak kepada bekas bintang Chelsea, Mark Schwarzer.

Malah bapanya turut dilihat mengikuti laman Instagram rasmi Kuching City FC seolah-olah memberi restu kepada Julian beraksi di Liga Malaysia.

Mengikut jejak langkah bapanya sebagai penjaga gol, Julian yang mempunyai ketinggian 1.81 meter memulakan karier bola sepak di skuad bawah 18 tahun Fulham yang berpangkalan di England.

Dia pernah menimba pengalaman bermain di Liga Jerman selepas berhijrah ke kelab FC Pipinsried, namun kembali ke England untuk menyertai Harlow Town.

323422750_852709982665237_1442036383888388780_n

Kuching City FC memperkenalkan Julian sebagai penjaga gol baharu.

Selain itu, dia juga pernah menyertai kelab lain seperti Slough, Chipstead FC, Harrow Borough, Basingstoke, Kingstonian FC dan skuad bawah 21 tahun Fulham.

Pemain itu berhijrah ke Filipina untuk bermain bersama Azkals Development Team sebelum menukar angin ke Kuching City FC.

Memiliki kerakyatan Filipina melalui ibunya, Julian melakukan debut bersama skuad kebangsaan Filipina ketika perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum kempen Piala AFF 2022.

Filipina bagaimanapun tersingkir setelah mengalami dua kekalahan ke atas Kemboja dan Thailand selain tewas kepada Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram