KPM kena hentam, poster ucapan tulisan Braille malangnya tak mesra OKU cacat penglihatan


  • Massa
  • Rabu, 04 Jan 2023

Ucapan braille yang dimuat naik KPM menerusi akaun Twitter rasmi mereka. — Twitter

NIAT untuk meraikan sambutan Hari Braille Sedunia menerusi poster yang dimuat naik Kementerian Pendidikan Malaysia di akaun Twitte mendapat kritikan warganet.

Poster itu memaparkan gambar Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Salmah Jopri dan disertakan ucapan Selamat Menyambut Hari Braille Sedunia.

Poster itu turut memaparkan ucapan dalam bentuk tulisan Braille yang biasa digunakan oleh orang kelainan upaya (OKU) cacat penghilatan untuk membaca.

FlmCCD7aUAA-CDq

Poster yang dimuat naik Bahagian Pendidikan Khas, KPM.

Namun, warganet mempertikaikan poster tersebut kerana OKU terbabit tidak boleh merasa dan memahami ucapan versi tulisan Braille menerusi skrin telefon.

Malah, kemudahan 'alt-text' yang dijadikan panduan untuk golongan OKU cacat penglihatan untuk menggunakan telefon bimbit juga tidak disertakan bersama gambar tersebut.

"Lawaklah KPM ini. Telefon pintar ada capacity Braille ke? Buatlah alt-text," kata Running Bob.

"Letak alt-text supaya OKU buta boleh faham mesej yang disampaikan," kata Meeroll.

"Alt-text kan ada. Bare minimum dah itu. Tulisan Braille letak kat poster bukan boleh ada impak. Bahagian pendidikan khas kena pekalah sikit," katanya.

penyandang-tuna-netra-main-hp_20161019_094851

OKU cacat penglihatan boleh menggunakan alt-text untuk mengetahui apa yang dipaparkan di telefon pintar mereka.

Untuk rekod, alt-text adalah satu kemudahan dalam telefon pintar yang digunakan OKU cacat penglihatan untuk mengetahui apa yang dimuat naik oleh seseorang.

OKU berkenaan boleh mengetahui apa yang ada di dalam telefon pintar menerusi deskripsi kandungan yang disertakan bersama gambar tersebut.

Mereka hanya perlu menekan ruangan deskripsi yang disediakan dan telefon pintar akan membacanya secara automatik.

Bukan Twitter sahaja, media sosial seperti Instagram juga mempunyai penggunaan Alt-text yang mana pengguna media sosial boleh meletakkan penerangan gambar yang dimuat naik dan OKU cacat penglihatan dapat membayangkan gambar tersebut menerusi suara telefon pintar.

Sementara itu, jurucakap KPM ketika dihubungi Majoriti berkata, pihaknya telah mengambil maklum berkaitan perkara berkenaan dan ciapan tersebut juga telah dipadam serta diganti dengan yang baharu serta mengandungi alt-text untuk kemudahan golongan OKU buta.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram