'No Lee Tuck, no problem', bintang Australia 'on the way' pikat hati Tok Gajah


  • Podium
  • Isnin, 02 Jan 2023

Memiliki ketinggian yang cukup baik sebagai pemain pertahanan, Glassock mungkin bakal menjadi aset terbaik buat Sri Pahang FC. — Twitter / Michael Glassock

PARA penyokong Sri Pahang FC nampaknya semakin move on selepas jodoh naturalisasi kontroversi, Lee Andrew Tuck dengan skuad Tok Gajah berakhir yang menyaksikan pemain itu sah menjadi milik skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim ini.

Walaupun agak sukar untuk menerima perkhabaran itu sementelah usaha naturalisasi Lee Tuck dibuat oleh pengurusan Sri Pahang FC, namun tumpuan para penyokong kini terarah kepada pemain baharu yang bakal dibawa masuk pasukan tersebut.

Sri Pahang FC sebelum ini dikaitkan dengan khabar angin untuk membawa masuk pemain dari Australia iaitu Michael Johns Glassock untuk musim 2023.

Rumours itu semakin hangat selepas Glassock membuat hantaran di Instagram Story gambarnya di balai perlepasan lapangan terbang Sydney pada Isnin.

WhatsApp Image 2023-01-02 at 13.01.03

Glassock membuat hantaran di Instagram Story gambarnya di balai perlepasan lapangan terbang Sydney pada Isnin. — Instagram

"Ready to go," tulisnya dengan menyertakan emoji bola sepak dan jari telunjuk di bibir yang memberi isyarat senyap.

Begitupun tidak dipastikan destinasi Glassock, namun para penyokong mengandaikan pemain Sydney Olympic Football Club berusia 23 tahun itu berkemungkinan ke Malaysia.

Gambar tersebut turut dikongsi semula di laman Facebook penyokong Pahang dengan kapsyen, 'No Lee Tuck, no problem' (Tiada Lee Tuck, tiada masalah).

320192347_492941152980388_199120987900429152_n

Glassock dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang. — Facebook

Pemain pertahanan itu membuat 12 penampilan sepanjang musim 2021/2022 di Liga Perdana Kebangsaan - New South Wales.

Boleh bermain di posisi tengah bertahan (defensive midfield) dan pertahanan tengah (centre-back), Glassock memiliki ketinggian 1.91 meter yang menjadikan fizikalnya itu sesuai di bahagian berkenaan.

Pada usia muda dan memiliki ketinggian yang cukup baik sebagai pemain pertahanan, Glassock mungkin bakal menjadi aset terbaik buat Sri Pahang sekali gus memperbaiki kelemahan benteng pertahanan yang menjadi duri dalam daging pasukan itu musim lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram