Tak dapat Syafiq Ahmad, kini jelmaan Ikhsan Fandi 'striker' idaman penyokong Perak FC


  • Podium
  • Selasa, 27 Dis 2022

Haqimi Azim (tengah) meraikan kejayaan meledak gol ketika aksi Malaysia menentang Laos pada Ahad. — Facebook/ FAM

PENYERANG muda Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli mencipta debut cukup sensasi bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan menentang Laos pada Ahad.

Nama prospek muda berusia 19 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada pertengahan babak kedua perlawanan.

Kira-kira lima minit di atas padang, pemain berketinggian 1.84 meter itu meledak jaringan pertamanya di pentas antarabangsa yang menyaksikan skuad negara berpesta gol 5-0.

Persembahan Haqimi Azim pada perlawanan itu mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan yang mula nampak bakatnya semakin terserlah di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

Penyokong Perak FC antara yang tidak ketinggalan memasang impian untuk melihat Haqimi Azim beraksi dengan skuad The Bos Gaurus.

Skuad Seladang yang menghadapi satu revolusi baharu di bawah kendalian Lim Teong Kim ketika ini dirasakan sesuai buat bakat muda itu mengasah potensinya.

321902304_1141736089870460_8190439556899378482_n

Haqimi Azim meledak gol pertamanya di pentas antarabangsa ketika aksi Malaysia menentang Laos pada Ahad. — Facebook/ FAM

Teong Kim yang pernah menyandang jawatan bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich dianggap individu paling sesuai untuk mengembangkan lagi potensi serta prestasi penyerang muda berkenaan.

Berdasarkan transfermarkt.com, kontraknya bersama pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berakhir pada 30 November lalu.

Jendela perpindahan hujung musim boleh digunakan oleh kelab-kelab Liga Malaysia termasuk Perak FC untuk merisik khidmat penyerang The Hawks itu.

"Harap kelab yang sign dia boleh bagi dia main regular kat posIsi yang betul.

"Kebanyakan kelab-kelab di Liga M, boleh kata hampir semua guna import kat bahagian centre-forward (serangan), sampai penyerang tempatan nak dapat minit permainan pun kena tolak ke backup striker atau winger.

"Dia punya positioning dengan ketajaman tu memang berhak untuk dia main di posisinya dalam skuad Harimau Malaya," kata Muhammad Tarreq Ziad di laman Facebook Bolasepak Malaysia.

322397158_548016773852921_8473470011151029539_n

Sebahagian pemain Harimau Malaya melakukan latihan bagi menghadapi perlawanan menentang Vietnam pada Selasa. — Facebook/ FAM

Sementara itu, seorang penyokong, Faizullah Wahabi berpendapat Haqimi Azim memiliki pakej fizikal dengan ketinggian dan ketegapan badan yang disamakan dengan anak-anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.

"Kalau Teong Kim tak dapat Syafiq Ahmad (penyerang Johor Darul Takzim), bolehlah dah risik Haqimi ni. Sizing macam Ikhsan Fandi. Harap pada masa akan datang boleh jadi pure striker untuk Malaysia.

"Bergegar Perak jika dapat dia. Hold up dan ball control dia pun bagus sebagai seorang penyerang," katanya.

Suheimi Ismail juga melontarkan pendapat sama apabila menyifatkan kelab yang berjaya mendapatkan tandatangan Haqimi perlu memanfaatkan kelebihan fizikal bintang muda itu di atas padang.

"Lama tunggu dia ni main. Minat tengok dia sejak dari KL City lagi. Ada vibe anak-anak Fandi Ahmad, tinggi dan tegap.

"Tahniah Pan-gon kerana ketengahkan pemain ini. Hari tu perlawanan persahabatan kena peram, sekali dapat juga main," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram