Ekor sejati mula rungkai mesej 'deep', foto 'mesin' Harimau Malaya penuh tersirat


  • Podium
  • Rabu, 21 Dis 2022

Foto pemain Harimau Malaya giat menjalani sesi pemanas badan di Yangon yang mencuri tumpuan kerana kewujudan sebuah mesin penurap jalan. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 menerusi cabaran sulung bertemu Myanmar di Yangon, pada Rabu.

Cabaran itu diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura (3 Januari) di Bukit Jalil pada aksi terakhir kumpulan.

Ketika ini anak-anak buah Kim Pan-gon menjalani latihan terakhir sebelum aksi pembuka tirai berdepan skuad Chinthe kendalian ketua jurulatih, Li Xiaopeng.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Football Association of Malaysia, pemain-pemain Harimau Malaya dilihat giat menjalani sesi pemanas badan di satu kawasan lapang.

Apa yang menarik perhatian adalah kedudukan sebuah mesin penurap jalan yang diparkir di satu sudut tempat latihan berkenaan.

Bahkan tertera signage tertulis Team A yang ditampal pada dinding.

319852953_432496632296034_8088583334985302984_n

Sebahagian pemain Harimau Malaya giat menjalani sesi pemanas badan di Yangon. — Facebook

Foto itu kemudian mengundang reaksi penyokong yang merungkai mesej tersirat di sebalik perkongsian hantaran gambar tersebut.

"Baru ku tahu Team A ialah mesin giling karat sambil memerhati Team B training," komen Mohd Edf Azlan.

"Bijak jurugambar FAM ni. Ambik gambar team A dan mesin," komen Fiq Zulkiflee pula.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya yang dipilih untuk beraksi pada kempen Piala AFF kali ini dilabel sebagai Harimau Malaya B kerana ketiadaan bintang-bintang Johor Darul Takzim (JDT).

Mereka menolak panggilan kebangsaan itu atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.

Situasi tersebut menyebabkan Pan-gon terkejut selepas melihat ramai pemain menolak untuk mewakili kem kebangsaan untuk persediaan kejohanan antarabangsa itu.

Keadaan itu kemudian menyebabkan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuka mulut untuk menjelaskan situasi sebenar dengan mengatakan pemain bukan mesin dan memerlukan rehat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram