Dion Cools tak terpilih ke Piala AFF, spekulasi negatif mula tersebar


  • Podium
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Cools tidak akan bersama kem Harimau Malaya dipercayai atas urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. — Facebook/FAM

SELEPAS dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal mewakili Malaysia di kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Lima pemain yang sebelum ini berada dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu tidak berada dalam senarai akhir tersebut iaitu penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools.

Badan induk berkenaan menyatakan pemain kacukan Malaysia-Belgium itu tidak akan bersama kem Harimau Malaya dalam membantu skuad kendalian Kim Pan-gon memburu kejuaraan Piala AFF kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Dengan ketiadaan pemain yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai kapten Harimau Malaya itu, ramai penyokong mulai membuat dakawaan bahawa Dion Cools mengikut jejak langkah rakan-rakannya di Johor Darul Takzim (JDT).

Sebelum ini, seramai 11 pemain skuad Harimau Selatan menolak panggilan menjalani sesi latihan pusat skuad kebangsaan atas alasan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 atas atas pelbagai alasan seperti urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.

WhatsApp Image 2022-12-16 at 16.07.33

Senarai penuh 23 pemain yang mewakili Malaysia ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. — Facebook/FAM

"Dion Cools bagi alasan peribadi juga? Kami dah lama faham....kami dah lama faham..bulan Januari Dion Cools akan terbang dengan skuad JDT pergi jelajah di Eropah," komen penyokong Harimau Malaya, Raya Store.

"Dion Cools itu mesin bang. Kena rehat, yang dalam senarai semua pemain bola," tulis penyokong skuad kebangsaan, Nazrul Nazir.

"Kelab tak kasi (bagi) pelepasan," kata penyokong, Emier Danish Haniff.

"Musim depan masuk J (JDT), itu yang tidak dipilih," komen penyokong skuad Harimau Selatan, Muhd Syam.

Dakwaan dari penyokong itu mulai hadir apabila Cools dikaitkan dengan perpindahan ke JDT di mana pemilik kelab iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa Dion mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyarung jersi pasukan terbabit.

Daripada 23 pemain ini, tujuh orang pemain adalah dari pasukan Selangor, tiga darinya daripada pasukan Sabah, Terengganu dan Sri Pahang.

Selebihnya, dua pemain daripada Negeri Sembilan dan seorang pemain daripada Kedah Darul Aman FC, Kuala Lumpur City FC, Petaling Jaya City FC, Sarawak United dan Ratchaburi FC (Safawi Rasid).

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin, 19 Disember 2022 bagi menghadapi perlawanan pertama saingan Kumpulan B.

Pasukan di bawah bimbingan Pan-gon bakal berdepan Myanmar di Stadium Thuwunna pada Rabu, 21 Disember 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram