'Main futsal tak penat', Arif Aiman kena troll tak sertai kem HM


  • Podium
  • Khamis, 15 Dis 2022

Arif Aiman menjadi bahan jenaka dalam kalangan peminat bola sepak tanah air kerana bermain futsal baru-baru ini meskipun tidak memperkuatkan skuad Harimau Malaya di pentas Piala AFF. — Facebook/SLP Studios

AWAL bulan November lalu, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai skuad Harimau Malaya yang kehilangan pemain-pemain utama menjelang kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Kira-kira 12 pemain termasuk tonggak utama daripada Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi, Corbin-Ong, Shahrul Saad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies dan Muhammad Syafiq Ahmad tidak dapat menyertai kem latihan Piala AFF.

Situasi tersebut menyebabkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon terkejut selepas melihat ramai pemain menolak untuk mewakili kem kebangsaan untuk persediaan kejohanan antarabangsa itu.

Keadaan itu menyebabkan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuka mulut untuk menjelaskan situasi sebenar dengan mengatakan pemain bukan mesin dan memerlukan rehat.

320079485_592022329594617_5915949291758600489_n

Arif Aiman meluangkan masa bermain futsal baru-baru ini. — Facebook

Ketika aksi pemanas badan Harimau Malaya berlangsung semasa menentang Kemboja dan Maldives, skuad eksperimen Pan-gon membuahkan hasil dengan kemenangan 4-0 ke atas Pahlawan Angkor dan 3-0 (Maldives).

Di sebalik persembahan menarik Harimau Malaya yang menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong, aksi pemain sayap JDT, Arif Aiman bermain futsal baru-baru ini tiba-tiba mencuri tumpuan.

"Pemain Bukan Mesin... Main Malaysia (X), Main Futsal (✔️)," tulis kapsyen di laman Facebook Perak Power.

Rentetan itu, pemain berstatus Most Valuable Player (MVP) bagi musim 2021 menjadi 'troll' kerana seolah-olah tidak menggunakan waktu itu untuk berehat seperti alasan yang diberikan.

"Main futsal tak penat sangat seperti main bola sepak untuk negara," kata Safri Safrina.

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Pemain Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi diasak oleh pemain Bahrain Rashed Khalil Alhooti pada Perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Keputusan penuh Malaysia 1 - 2 Bahrain.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Aksi Arif Aiman bersama Harimau Malaya. — Facebook

Shahrul Nizam meninggalkan komen sindiran berbunyi, "Main malaysia nanti cedera, yang susah kelab JDT, main futsal tak boleh cedera ya."

"Jangan main AA42 nanti injured kelab rugi, awak pun rugi," kata Ahmad Tarmizi.

Cuma pada masa sama, ada juga sebahagian penyokong yang mempertahankan tindakan Arif Aiman dengan mengatakan pemain itu perlu mengekalkan stamina dan kecergasannya.

"Kata orang dia nak kekalkan stamina dia dan sentiasa cergas walaupun musim liga dah habis," kata Shaharul Azhar.

"Agaklah sikit, takkan main santai-santai dengan kawan kampung pun tak boleh?," kata Norha Aiman Shafiq.

Harimau Malaya akan memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF di Yangon dengan bertemu Myanmar pada 21 Disember, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).

Malaysia, juara edisi 2010 dan menamatkan pada tempat kedua pada 1996, 2014 dan 2018, terkeluar pada peringkat kumpulan pada edisi 2020 di Singapura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram