'Jurulatih Korea saja belum cukup', penyokong terus desak rombakan TRW besar-besaran


  • Podium
  • Khamis, 15 Dis 2022

Do-hoon dan Lion City mengesahkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak pada Ogos lalu. — Facebook

SENTUHAN jurulatih dari Korea Selatan menjadi idaman penyokong Kelantan FC untuk mengemudi skuad The Red Wariors (TRW) dalam saingan Liga Super musim depan.

DNA Korea Selatan sememangnya terbukti kehebatannya dengan beberapa jurulatih daripada negara itu melatih beberapa kebangsaan Asia Tenggara seperti Kim Pan-gon (Malaysia), Shin Tae-yong (Indonesia) dan Park Hang-seo (Vietnam).

Sebahagian penyokong memetik beberapa nama jurulatih Korea Selatan yang dirasakan sesuai untuk mengendalikan skuad Pantai Timur tersebut.

Antaranya ialah Kim Hak-bum yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) Korea Selatan, Kim Dong-jin (penolong jurulatih Kitchee SC) dan Kim Eun-jung (bekas ketua jurulatih Korea Selatan B-23).

Terbaharu seorang lagi pengendali dari Korea Selatan, Kim Do-Hoon dikaitkan dengan skuad TRW.

1798985

Norizam meletakkan sasaran muncul 10 kelab terbaik untuk saingan Liga Super musim depan. — Facebook/TRW

Do-Hoon merupakan bekas jurulatih kelab Liga Perdana Singapura, Lion City Sailors FC.

Lion City Sailors dianggap antara kelab bola sepak paling berjaya di Singapura. Kelab itu dimiliki oleh jutawan Singapura, Forrest Li.

Bekas jurulatih Ulsan Hyundai itu terpaksa meninggalkan Lion City Sailors pada Ogos lepas selepas didapati menanduk pembantu jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin pada akhir perlawanan liga kedua-dua kelab.

Bagaimanapun, Do-hoon dan Lion City mengesahkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak.

Rata-rata penyokong melihat penyertaan Do-Hoon akan membantu memperkuatkan pasukan Kelantan FC, namun satu rombakan dari segi barisan pemain harus dilakukan untuk mewujudkan satu keserasian dalam pasukan.

"Buat gapo (apa) coach Korea padu... Tapi barisan pemain belum padu," kata Aril Adrill.

"Padu...tapi kena ada juga pemain yang terbaik dalam skuad TRW," kata Adam Yusoff.

Seorang lagi penyokong, Muhd Fakhriey berasakan pemain import yang mantap boleh dibawa masuk untuk menyelesaikan masalah import di Kelantan FC.

"Coach padu ambil import padu. Import tak berapa padu ja masalah Kelantan satu dua musim ni. Pemain tempatan ok dah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram