Perak FC minta fans terima hakikat, sasar pertengahan liga dah cukup baik


  • Podium
  • Sabtu, 10 Dis 2022

Sebahagian daripada pemain yang beraksi untuk Perak FC dalam saingan liga musim lalu.

PELUANG bekas gergasi Liga Super, Perak FC untuk beraksi kembali sentiasa dinantikan dengan penuh sabar oleh penyokong.

Malah, untuk saingan liga musim depan, barisan pemain baharu sudah mula dirancang pengendalinya, Lim Teong Kim.

Terbaharu, perak menandatangani lima lagi pemain untuk bersama The Bos Gaurus iaitu dua pemain tengah, Syukri Baharun dan Ikhwan Hafizo; Amirul Husaini, Safizi (penyerang) dan Hafizal Mohamad (pertahanan).

WhatsApp Image 2022-12-10 at 4.48.06 PM

Lima pemain baharu yang bakal beraksi untuk saingan Liga Super musim depan.

Ramai yang masih ragu-ragu dengan pemilihan pemain dan beranggapan Perak FC memerlukan pemain yang bertaraf bintang untuk bersaing di musim depan.

Namun, Perak FC memaklumkan yang misi mereka adalah untuk berada di tangga pertengahan Liga Super.

Ada penyokong yang tidak berpuas hati tetapi ramai juga yang menyatakan mereka perlu terima hakikat pasukan kesayangan bukan lagi gergasi dalam liga.

Seorang penyokong Perak FC, Empire Bisnes berkata, pengurusan sudah meletakkan sasaran untuk musim depan dan penyokong tak perlu lebih sudu daripada kuah.

"Ingat sikit kita ini stadium pun tak ada lagi. Fasiliti banyak lagi nak dibangunkan. Komer tak habis-habis dengan player star," katanya.

310422772_180652591181791_5319498438544546267_n

Lim Teong Kim sedang merancang yang terbaik untuk Perak FC.

Muhammad Alif Baharu pula berkata, penyokong perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada proses untuk meningkatkan semula pasukan.

"Fans kena realistik. Perak baru nak naik kembali. Memang susah nak dapatkan pemain top. Kalau tahun ini kita boleh sekurang-sekurangnya di tangga pertengahan, tentu pemain yang lebih baik akan ikut serta. Trust the process," katanya.

Seorang lagi penyokong, Landak Kuning pula berharap usaha pengurusan Perak FC beroleh kejayaan pada masa akan datang.

"Untuk bangkit kembali setelah tersungkur perlukan banyak usaha, pengorbanan dan kesungguhan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram