Bintang Chile dalam radar JDT, bakal rampas takhta pemain termahal milik Jordi Amat


  • Podium
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Esteban boleh bermain di posisi tengah dan tengah bertahan di pasukan CSD Colo-Colo. — Agensi

KECOH di media sosial berhubung rumours perpindahan bintang skuad Gajah Perang, Ernesto Amantegui Phumipha ke Johor Darul Takzim (JDT) untuk mengisi kuota Asean kelab elit itu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Tatkala belum ada perkhabaran rasmi daripada JDT bagi mengesahkan khabar angin itu, timbul pula rumours baharu yang mengaitkan seorang lagi pemain import dari kelab Chile dengan pasukan Harimau Selatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook Malayantigerfans pada Jumaat, seorang pemain tengah kelab CSD Colo-Colo yang berpangkalan di Santiago, Chile iaitu Esteban Pavez kini berada dalam radar JDT.

"Satu media luar melaporkan perkhabaran bahawa satu kelab Liga Malaysia berminat dengan khidmat pemain tengah iaitu Esteban Pavez. Adakah khabar angin tersebut berkaitan dengan pasukan JDT FC?," tulis perkongsian itu.

316810595_585119460287083_9189598407311513169_n

Berdasarkan transfermarkt.com, pemain berusia 32 tahun itu juga merupakan pemain skuad antarabangsa Chile yang bertindak sebagai playmaker di bahagian tengah.

Esteban juga boleh bermain di posisi tengah bertahan (DMF) dan merupakan antara tonggak pasukan kerana merekodkan 100 peratus kesebelasan utama bersama CSD Colo-Colo di divisyen satu Liga Chile pada musim ini.

Memiliki nilai pasaran 1.2 juta Euro (RM5.58 juta), Esteban mungkin bakal merampas takhta pemain termahal yang disandang pemain pertahanan JDT, Jordi Amat yang dianggarkan bernilai RM4.6 juta.

Gelaran itu sebelum ini dipegang penyerang skuad Harimau Selatan, Fernando Forestieri yang ketika itu bernilai RM4.02 juta.

Menjengah ruangan komen, ada penyokong yang berasakan penyertaan pemain import itu akan mengukuhkan lagi pasukan JDT lagi-lagi bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

"Hebat ni kalau dapat," ujar Izz Izz.

51656555618_IndonesiaSepanyol

Jordi Amat merupakan pemain termahal Liga Malaysia dengan tanda harga RM4.6 juta. — Facebook

"Boleh laa buat 'raso-raso suasano' (rasa suasana bermain di Liga Malaysia)," kata Aimin Azman pula.

"Colo Colo ni club steady dalam Libertadores (Liga Juara-Juara Amerika Selatan)," ujar Farhan Lensherr.

Cuma pada masa sama, Ahmad Nadim Ahmad Tajuddin beranggapan penyertaan Esteban hanya akan menambah koleksi pemain-pemain import yang mahal di JDT.

Masakan tidak, andai pemain berketinggian 1.8 meter itu sah ke JDT, situasi itu menyaksikan Harimau Selatan terus menghimpun 'koleksi' pemain termahal Liga Super.

Ini selepas beberapa pemain mereka sebelum ini turut memegang 'tanda harga' tertinggi seperti Forestieri, Gonzalo Cabrera (RM2.93 juta), Jonathan Herrera (RM5.96 juta) dan Diogo Santo (RM4.8 juta). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram