Boleh 'back up' Corbin Ong, ketahui pro kontra Ernesto Phumipha di JDT


  • Podium
  • Rabu, 07 Dis 2022

Phumipha memiliki pengalaman beraksi di pentas antarabangsa selepas diturunkan sebanyak empat kali dalam aksi kumpulan ACL. — Facebook

DI sebalik kontroversi Johor Darul Takzim (JDT) dengan salah seorang pemainnya, Safawi Rasid, yang bakal dipinjamkan ke kelab Thailand, Ratchaburi FC musim depan, kelab elit selatan tanah air itu dikhabarkan mahu memikat seorang pemain Gajah Perang untuk mengisi kuota Asean pasukan.

Dikhabarkan skuad Harimau Selatan itu bakal membawa masuk Ernesto Amantegui Phumipha, pemain pertahanan kelab Liga 1 yang berpangkalan di Thailand, BG Panthum.

Phumipha merupakan pemain di posisi bek kiri BG Pathum berusia 32 tahun kelahiran Oviedo, Sepanyol yang memiliki darah Thai dari sebelah ibunya manakala ayahnya adalah warga Sepanyol.

317809941_5304370323011462_2146795894554914106_n

Phumipha memiliki darah Thai dari sebelah ibunya manakala ayahnya adalah warga Sepanyol. — Facebook

Khidmat pemain berusia 32 tahun itu dipercayai ditagih bagi membolehkan penggiliran dibuat kepada tonggak bek kiri JDT ketika ini iaitu Corbin Ong.

Situasi itu pastinya memberikan kelebihan kepada Phumipha untuk menjadi pemain back-up di posisi berkenaan memandangkan setakat ini tiada pemain lain yang boleh menggantikan Corbin secara rotation.

Selain itu, Phumipha dianggap boleh membiasakan diri dengan cepat dalam persaingan di Liga Malaysia kerana familiar dengan bola sepak Asia Tenggara.

Pengalaman diturunkan sebanyak empat kali di dalam aksi kumpulan AFC Champions League (ACL) menerusi aksi menentang Melbourne City dan masing-masing satu perlawanan menentang Jeongnam Dragons serta United City juga akan memberikan kelebihan kepada Phumipha.

316240020_2452711534892131_4698412855589819672_n

Phumipha boleh menjadi pemain back-up kepada Corbin di posisi bek kiri. — Facebook

Begitupun, di sebalik itu, Phumipha perlu memberikan cabaran sengit untuk menembusi kesebelasan utama pasukan lagi-lagi kebanyakan pemain JDT adalah pemain berprestasi tinggi.

Ini termasuk Corbin yang disifatkan berada dalam kelas tersendiri dan sentiasa on form, tidak pernah cedera selain bijak menjaga diri hingga sering diberi kepercayaan bermain 90 minit sejak menyertai JDT.

Dari satu sudut juga, corak permainan Phumipa di JDT akan lebih senang untuk dipantau dan dijangka yang sekali gus boleh memberi impak negatif sekiranya pemain skuad kebangsaan Thailand itu beraksi menentang pasukan di rantau ini khususnya Malaysia.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan JDT akan membawa masuk seorang pemain bek kiri kelahiran Sepanyol dan memiliki pasport Asean yang sekali gus memberi indikasi pemain tersebut mungkin adalah Phumipa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram