PENJAGA gol utama Sarawak United FC (SUFC), Tauffiq Ar Rasyid mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong bola sepak Bumi Kenyalang selepas kontraknya tidak lagi disambung untuk musim depan.
Ucapan itu dibuat melaui akaun Facebook miliknya pada Jumaat.
"Salam Jumaat, dengan rendah diri, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengurusan Sarawak United FC, barisan jurulatih dan staf-staf serta rakan sepasukan yang sama-sama menempuh perjalanan suka duka pada tahun yang sangat mencabar buat pasukan ini.
"Saya mendoakan kejayaan buat semua untuk masa akan datang. Semoga kalian dan semuanya terus sukses serta lebih berjaya pada masa akan datang," tulisnya.
Walaupun hanya bermain satu musim, permergian penjaga gawang itu sudah pastinya akan dirindui penyokong skuad Ngap Sayot kerana prestasinya yang agak memberansangkan.
Laman Facebook penyokong Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya turut mengucapkan selamat tinggal kepada Tauffiq.
"Selamat tinggal dan good luck bersama pasukan baru buat penjaga gol Tauffiq Ar Rasyid," tulisnya.
Sementara itu, seorang penyokong Fairol Faisal pula berpendapat pemain berketinggian 185 sentimeter tersebut akan menjadi penjaga gol yang baik di kelab lain.
"Rasa ke Negeri Sembilan sebab Syihan akan ke Selangor FC atau Johor Darul Takzim (JDT) tahun depan.
"Bagus keeper ini, berani dan tangkas. Defend padu memang setanding dengan Syihan. Selamat maju jaya dan yang penting dapat main Liga Super lagi tahun depan," katanya.
Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun itu mengikat kontrak bersama SUFC pada 9 Januari lalu.
Boris Kok — Gambar Facebook/Boris
Selain Tauffiq, seorang lagi pemain SUFC, Boris Kok turut mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong menerusi halaman Facebook miliknya.
Boris yang juga pemain import dari Cambodia turut ditamatkan kontrak musim ini selepas SUFC mengalami masalah kewangan.
Boris terdahulu pernah mendedahkan berlaku tunggakan gaji dalam SUFC sejak tiga bulan lalu. Pemain berusia 31 tahun yang dipinjamkan oleh kelab Phnom Penh Crown itu memaklumkan bahawa dia boleh membatalkan kontrak dengan undang-undang FIFA dan pulang semula ke Kemboja kerana dipinjamkan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram