
INSIDEN pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah merosakkan tanda penalti selepas Johor Darul Takzim (JDT) dihadiahkan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia pada Selasa masih riuh diperkatakan di media sosial.
Meskipun sudah menerima 'hukuman' menerusi layangan kad kuning daripada pengadil, rata-rata penyokong mahu pemain berusia 41 tahun itu bersikap lebih profesional pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Ahad ini.
Bagi menghadapi permainan psikologi penyerang Sang Badak itu, ada penyokong JDT mahu bintang senior Harimau Selatan, Safiq Rahim diturunkan bersama kesebelasan utama.
Menurut penyokong, kedua-dua otai yang pernah bersahabat baik ketika bermain dalam pasukan Selangor itu mampu saling memberi tekanan kepada pasukan lawan masing-masing.
Selain Safiq Rahim, ada penyokong yang mahu tanker sebenar JDT memberi 'pengajaran' kepada Amri yang juga terkenal dengan panggilan Wak Am.
Tentunya pertahanan kental yang dimaksudkan adalah Shane Lowry yang terpaksa direhatkan beberapa perlawanan ekoran kecederaan patah siku yang dialami ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam saingan Liga Super pada 4 Oktober lepas.
Pertahanan import itu selamat menjalani pembedahan pada 7 Oktober dan sudah mula turun dalam sesi latihan kecergasan JDT.
Dengan ketiadaan ubi muda, Feroz Baharuddin berikutan layangan kad merah pada aksi menentang Sabah itu, Shane Lowry mungkin antara pemain yang akan dipertimbangkan ketua jurulatih, Hector Bidoglio untuk diturunkan.
Shane mengikuti latihan kecergasan selepas kecederaan patah siku baru-baru ini. — Facebook
"Bagi Wak Am try dengan dia ni pula...tengok apa jadi," kata Fairus Fairus di ruangan komen Facebook Johor Southern Tigers.
"Welcome back tanker, we are waiting for you...remember this name - Wak Am," kata โมห์ด ฮาซิก ปาเลา pula.
Selain Shane, seorang lagi tonggak senior JDT, Aidil Zafuan dirasakan mampu menyekat kemaraan dan membaca game psikologi Wak Am.
"Amri nampak Aidil (masuk) terus takut nak main ganas," kata Yahya Yahya.
Kedua-dua pemain itu dirasakan boleh menjadi pemain gantian kepada seorang lagi tanker sejati JDT, Shahrul Saad yang kerap diturunkan dalam kesebelasan utama.
JDT selepas ini bakal menerima kunjungan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad dalam usaha melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia kali kedua berturut-turut.
Kelab Harimau Selatan itu membawa bekalan satu gol selepas menang tipis di Stadium Likas menerusi jaringan Arif Aiman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram