'Hulur sebelah kaki je menggelupur lawan', kehadiran bek kental perkuat kubu The Bos Gaurus


  • Podium
  • Jumaat, 18 Nov 2022

Bersama Sarawak United, Raja Imran mencetak dua gol pada musim ini. — Facebook/Sarawak FC

PERAK FC semakin agresif untuk melakukan persediaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sejak kehadiran jurulatih berpengalaman Lim Teong Kim.

Ini kerana bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari itu pantas menandatangani beberapa pemain baharu untuk memantapkan skuad The Bos Gaurus.

Antara pemain yang sudah diumumkan menjadi sebahagian daripada skuad Seladang ialah dua pemain muda, Harith Naem dan Ilham Aqil, serta penjaga gol Melaka FC, Bryan See.

Terbaharu, Perak FC juga berjaya mengikat seorang pemain muda dari Sarawak United, Raja Imran Shah yang bakal memperkuatkan lagi kubu pertahanan pasukan berkenaan.

Kemasukan pemain berusia 23 tahun itu bakal memperkuatkan pertahanan The Bos Gaurus bersama tonggak import, Sunday Afolabi selepas bintang kelahiran Nigeria itu bersetuju untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama Perak FC.

Kehadiran Raja Imran jelas dapat membantu masalah pertahanan yang dialami Perak FC pada kempen Liga Perdana musim ini, menyaksikan pasukan berkenaan bolos 30 gol dalam 18 perlawanan, sekali gus menjadi pasukan kedua paling banyak dibolosi selepas skuad Projek FAM-MSN.

Screenshot 2022-11-18 at 11.17.24 AM

Raja Imran diumumkan menjadi sebahagian daripada Perak FC pada Khamis. —Facebook/Perak FC

Oleh itu, kemasukan pemain berpengalaman dalam aksi Liga Super seperti Raja Imran boleh menjadi kelebihan buat Perak FC untuk tampil lebih kebal pada musim depan.

Kehadiran pemain berasal dari Kuala Lumpur itu sememangnya dinantikan penyokong-penyokong Perak yang menginginkan pemain berkualiti membarisi The Bos Gaurus.

“Ini dia hulur sebelah kaki sahaja menggelupur pasukan lawan nak score,