Legenda Perak dapat restu ke Pantai Timur tapi 'fans' berat hati lepas bekas bintang kelab Jepun


  • Podium
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Indra Putra dan Wan Zack merupakan pemain yang dibawa masuk musim ini untuk memperkuat Perak FC. — Facebook/Perak Football Club

PERAK FC merupakan antara pasukan yang paling rancak dikaitkan dengan khabar angin perpindahan pemain meskipun jendela perpindahan masih belum dibuka secara rasmi.

Setakat ini sahaja skuad The Bos Gaurus sudah mengumumkan kehadiran tiga pemain baharu iaitu penjaga gol Harimau Melaka, Bryan See dan dua produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Harith Naem dan Ilham Aqil.

Selain daripada berita kemasukan pemain baharu itu, status pemain sedia ada juga hangat diperkatakan dan ada antaranya sudah mulai dikaitkan dengan beberapa kelab tanah air.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 2.09.39 PM

Indra Putra menyertai Perak FC pada musim ini. — Facebook/Perak Football Club

Pemain legenda yang juga kapten Perak FC, Indra Putra Mahayuddin dikatakan akan menyertai Kelantan United pada musim depan dan Wan Zack Wan Haikal pula dikhabarkan akan berpindah secara pinjaman ke Penang FC.

Ada yang merestui dan terdapat juga penyokong yang tidak ingin melihat bintang kegemaran mereka itu meninggalkan Perak FC.

Penyokong yang memberi ‘green light’ itu rata-ratanya melihat percaturan ketua jurulatih Perak, Lim Teong Kim yang mempertaruhkan bakat pemain muda berbakat bagi musim depan.

“Lim Teong Kim nak bina pasukan yang konsisten bersaing mungkin dalam masa lima tahun akan datang. Kontrak dia dua tahun mungkin sambung jika musim depan menjadi,” kata penyokong The Bos Gaurus, Hanz Hanif.

“Indra Putra dah boleh bersara. Ambil jadi pembantu Yusri Che Lah (YCL),” komen penyokong, Joran Sempoi.

“Elok sangat. Jangan ambil pemain tua. Membazir,” kata penyokong Perak, Ahmad Mokhtar.

Screenshot 2022-11-11 at 2.01.54 PM

Pada Mac 2013, Wan Zack Haikal menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab FC Ryukyu, yang beraksi di liga divisyen ke-3 di Jepun. — Agensi

Sementara itu, Wan Zack pula disarankan untuk kekal bersama Perak kerana kelincahannya sebagai pemain sayap sangat berguna buat The Bos Gaurus.

Sekiranya pemain berusia 31 tahun kekal bersama skuad Seladang, dia boleh menggunakan lagi pengalaman bermain bersama kelab Jepun, FC Ryukyu pada 2013-2014.

“Wan Zack itu padu lagi. Aduh sayang lah tidak main dengan Perak dah. Aku minat cara permainan dia,” kata penyokong, Zaril Skhair.

“Sayanglah kalau nak lepaskan Wan Zack. Indra Putera itu tidak apalah. Wan Zack yang banyak jaringkan gol untuk Perak tempoh hari,” komen pemilik akaun, Halin Bin Hassan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram