'Main Piala Malaysia tapi bendera Malaysia tak boleh bawa?' Jawapan Marshall JDT kena 'troll'


  • Podium
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Marshall JDT juga akan membentuk 'human barricade' dalam situasi tertentu bagi menjaga keselamatan orang awam. — Facebook

PERSOALAN peminat bola sepak tempatan mengenai larangan membawa masuk bendera Malaysia ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) terjawab apabila pihak Marshall Johor Darul Takzim (JDT) menjelaskan sebab sebenar di sebalik larangan tersebut.

“Tiada kibaran Jalur Gemilang dibenarkan di SSI. Kami harap tuan dapat memahami larangan ini,” tulis Marshall JDT ketika menjawab soalan daripada netizen berhubung teguran mengibarkan Jalur Gemilang ketika nyanyian lagu Negaraku.

Menurut kenyataan daripada Marshall JDT itu, Jalur Gemilang tidak dibenarkan dibawa masuk kerana setiap perlawanan yang berlangsung adalah melibatkan pasukan JDT dan bukan skuad Malaysia.

“Sebabnya adalah kehadiran penyokong adalah bagi menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan JDT dan bukannya Malaysia. Oleh yang demikian, kami berharap agar selepas ini jangan dibawa masuk jalur gemilang ke SSI. Maaf ya tuan,” jelas Marshall JDT itu lagi.

Jawapan daripada Marshall JDT itu mendapat reaksi yang berbeza daripada peminat bola sepak tempatan, malah tidak kurang yang menjadikannya bahan troll di Facebook.

309268228_5152872934827869_5470736516995182511_n

Marshall JDT antara lain berperanan memeriksa beg penyokong bagi memastikan tiada barang larangan dibawa masuk ke dalam stadium. — Facebook

Laman Facebook Abang Sokernet yang memuat naik semula tangkap layar jawapan Marshall JDT dihujani dengan komen yang berasakan larangan tersebut agak tidak masuk akal.

"Tahukah anda, Jalur Gemilang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Stadium Sultan Ibrahim, JDT?

"Nak acah-acah Catalonia la ni, konon rebel, konon tak suka Malaysia, tak nak ada unsur Malaysia.

"Dengan Gerard Pique (bintang Barcelona) pun kena game, sampai sudah kawan tu tak bawa Barcelona friendly dengan dia (JDT).

"Basah jelah kepala budak-budak Johor sana," tulisnya.

Aizal Ali meninggalkan komen, "Bendera tak leh bawa masuk tapi nyanyi lagu Negaraku sebelum game."

"Main Piala Malaysia tapi bendera Malaysia tak boleh bawa," kata Hasbul Ash pula.

Difahamkan nyanyian lagu Negaraku sebelum sepak mula perlawanan Liga Malaysia adalah undang-undang yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram