Dulu benci kini kesayangan, penyokong Selangor mahu bintang import kekal musim depan


  • Podium
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Caion (melutut) yang dahulunya mendapat kecaman penyokong Gergasi Merah dilihat berjaya menambat semula hati peminat Selangor. — Facebook/MFL

SKUAD Selangor menepati ramalan apabila menewaskan Kelantan United 2-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.

Gol pasukan paling berjaya dengan rekod kejuaraan sebanyak 33 kali itu dijaringkan penyerang dari Brazil, Herlison Caion, menerusi tandukan pada minit ke-37 dan tampanan kaki kanan dari jarak dekat pada minit ke-63.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal dengan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan, termasuk satu keputusan seri sejak jurulatih, Tan Cheng Hoe mengemudi pasukan bermula hujung September lalu.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Caion yang dahulunya mendapat kecaman penyokong Gergasi Merah dilihat berjaya menambat semula hati peminat Selangor.

311499959_545001300964936_3842328161743063265_n

Caion dinobatkan sebagai 'Man of The Match' selepas berjaya membantu Selangor memenangi perlawanan menentang Kelantan United. Facebook/Selangor FC

Perkara itu dapat dilihat menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen Facebook rasmi Selangor FC selepas pemain berusia 32 tahun itu dinobatkan sebagai 'Man of The Match' pada perlawanan menentang Kelantan United.

"Caion elok pula main malam ini (Rabu), mungkin auranya dekat Piala Malaysia lebih menyerlah berbanding di Liga Super," ujar Saiful Redzuan.

"Walaupun selalu dikutuk tapi dia sahaja target man yang natural, harap-harap yang Mukhairi dan Norhakim tingkatkan ketajaman penyudah," jelas Yusuf Shahrum.

"Caion perlu dikekalkan untuk saingan musim tahun depan," luah Thangam Ragotha.

"Tahniah Caion, perbaiki mutu permainan anda, penyokong yakin anda mampu untuk terus maju," kata Sukrileman Syuk.

Screenshot 2022-10-27 at 19-49-26 ถึงฟีฟ่า! ไคออนโชว์หลักฐานเมืองกาญจน์ยังไม่จ่ายเงิน Goal.com ภาษาไทย

Caion ketika bersama Muangkan United sebelum berhijrah ke Selangor pada awal musim ini. Agensi

Untuk rekod pemain berketinggian 1.84 meter ini merupakan penjaring kedua terbanyak Liga Super 2022 dengan jaringan 14 gol pada penampilan pertamanya di Malaysia.

Caion sebelum ini pernah bermain di Liga Thailand sejak 2018 bersama beberapa pasukan seperti Navy SC, PT Prachuap FC, Chonburi FC, Suphanburi FC dan Muangkan United sebelum berhijrah ke Selangor pada awal musim ini.

Selangor dijadualkan bakal bertemu semula dengan pasukan Kelantan United bagi pusingan kedua pusingan 16 Piala Malaysia di gelanggang sendiri pada 1 November depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram