Ramai risau bintang KL City mahu pulang ke Terengganu FC


  • Podium
  • Ahad, 23 Okt 2022

Kamal Azizi (kanan) sering dipilih sebagai kesebelasan utama termasuklah dalam kejohanan antarabangsa, Piala AFC. — Facebook/KL City

MESKIPUN Kuala Lumpur (KL) City FC hanya mampu dinobatkan sebagai naib johan Piala AFC 2022, namun perjalanan skuad Warga Kota dalam kempen kejohanan itu perlu diberikan pujian.

Dengan hanya berstatus sebagai pasukan ‘underdog’, mereka berjaya membuktikan kehebatan dengan melangkah ke pentas akhir walaupun tewas 0-3 di tangan wakil Oman, kelab Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Perjalanan skuad Warga Kota pada kempen AFC turut memberi peluang kepada beberapa pemainnya untuk menyinar dan sekali gus melonjakkan saham mereka.

Perkara itu dibuktikan apabila dua tonggak KL City iaitu Zhafri Yahya dan Declan Lambert mendapat mendapat panggilan kebanggsaan Piala Raja Thailand.

Berbeza pula situasi dengan tonggak pertahanan KL City, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri yang mana aksi cemerlangnya bersama skuad Warga Kota membuatkan kelab lamanya ingin memancingnya kembali.

Dikhabarkan, pemain berusia 29 tahun itu akan kembali ke Terengganu FC (TFC) selepas meninggalkan pasukan tersebut pada musim 2021.

KAMAL AZIZI

Kamal Azizi (kiri) mula diserap ke dalam skuad utama TFC pada 2018. — Facebook/Terengganu FC

Kamal Azizi merupakan pemain kelahiran Terengganu yang juga memulakan karier bola sepak profesionalnya bersama TFC II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad utama pada 2018.

Selepas hampir empat musim menabur bakti bersama TFC, pemain berketinggian 172 sentimeter itu berpindah ke skuad Warga Kota untuk meneruskan perjalanan karier bola sepaknya.

Bersama KL City, Kamal Azizi menjadi pemain kepercayaan pengendali Bojan Hodak apabila dia sering dipilih dalam kesebelasan utama termasuklah dalam kejohanan antarabangsa, Piala AFC.

Bagaimanpun, khabar angin yang mengaitkan Kamal Azizi dengan TFC tidak disambut baik oleh sesetengah penyokong dan berasa ubi muda TFC, Azmi Murad lebih cemerlang berbanding pemain itu.

Screenshot 2022-10-23 at 5.45.38 PM

Kamal Azizi (kanan) merupakan tonggak pertahanan KL City. — Facebook/KL City

Bermain posisi yang sama dengan Azam Azmi iaitu bek kanan, penyokong berasa kehebatan dan usia pemain muda itu lebih berbaloi untuk digunakan secara kerap oleh TFC jika dibandingkan dengan Kamal Azizi.

“Main pun biasa-biasa sahaja. Nak recycle buat apa,” komen penyokong TFC, Najmi Muhammad.

“Tak payahlah, buat semak sahaja,” sokong penyokong, Sabut Nyior.

“Biasa-biasa sahaja dia ini. Azam Azmi lagi padu,” tulis penyokong Mohd Jefri Hisham.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram