IMPIAN besar Kuala Lumpur (KL) City untuk mencipta sejarah muncul juara Piala AFC buat kali pertama tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di tangan Al Seeb dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Jaringan gol daripada Ali Al Busaidi pada minit ke-22, Abdul Aziz Humaid Al Maqbali (ke-37) dan Muhsen Al Ghassani (ke-69) membolehkan Al Seeb mencipta sejarah apabila muncul pasukan pertama dari Oman menjuarai piala berprestij itu.
Kejohanan itu juga menyaksikan pemain tengah Al-Seeb iaitu Eid Mohammed Al-Farsi juga dinobat sebagai pemain MVP (Pemain Paling Bernilai) untuk kempen Piala AFC 2022.
Ketua jurulatih Al-Seeb, Rasheed Jabar (kiri) dan Eid Al-Farsi dalam sidang akhbar selepas menewaskan KL City pada final Piala AFC 2022 yang berlangsung Sabtu. — Facebook/ Harimau Malaya
Eid Al-Farsi tidaklah terlalu asing dalam kalangan pemain tempatan memandangkan dia pernah mewakili skuad negara dalam aksi kebangsaan Oman menentang Malaysia pada 26 March 2015.
Dalam perlawanan berkenaan, pemain berusia 35 tahun itu membantu pasukannya menjaringkan satu daripada enam gol yang berjaya menewaskan Malaysia, 6-0. Ketika itu, pemain KL City, Akram Mahinan melakukan debut pertamanya buat skuad kebangsaan.
Aksi Eid Al-Faris yang cemerlang menjadi perancang tengah pasukan 'memikat' sebahagian peminat bola sepak tempatan yang berasakan dia harus diberi perhatian untuk dibawa masuk ke Liga Malaysia musim depan.
Ada penyokong berasakan Baha patut digugurkan daripada Selangor FC. — Facebook
"Bagus dia ni, boleh join liga Malaysia," ujar seorang penyokong Izwan Hazman di Facebook Harimau Malaya.
Seorang lagi penyokong, Nazri Abu berpendapat, Eid Al-Faris mungkin boleh menggantikan import pasukan Selangor FC, Baha Abdel Rahman yang kurang cemerlang di bahagian tengah bertahan.
Pemain dari Jordan yang menyertai skuad Merah Kuning pada jendela perpindahan pertama musim 2021 ini bukan sahaja dikatakan sudah berusia malah prestasinya juga kurang memberangsangkan.
Justeru, Eid Al-Faris dirasakan boleh mengisi ketempangan Selangor di posisi tengah menggantikan import The Red Giants yang berusia 35 tahun itu pada musim depan.
Hilal (kiri) tidak mampu menonjolkan potensi sebenarnya bersama pasukan Penang FC. — Facebook/ Penang FC
Selain Selangor FC, Eid Al-Faris juga mungkin boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan import Penang FC, Hilal El-Helwe selepas kontraknya ditamatkan atas dasar persetujuan bersama kerana faktor keadaan kesihatan bapanya yang memerlukan dia kembali ke Jerman secepat mungkin.
Meskipun kedua-duanya berbeza posisi, Eid Al-Farsi dirasakan boleh memikul tugas Hilal sebagai penyerang jika kena dengan taktikal bersesuaian.
Menuju musim depan, pasukan berkenaan sudah boleh mula mencari bintang import baharu bagi memperkuatkan skuad masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram