'My next destination', selepas Faisal Halim, bintang import TFC beri bayangan ke Sabah


  • Podium
  • Ahad, 23 Okt 2022

Selain Faisal Halim, seorang lagi bintang import JDT dikatakan memberi bayangan destinasi 'penghijrahannya' musim depan. — Facebook/Terengganu FC

SEBELUM ini heboh diperkatakan pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim bakal berhijrah ke kelab lain pada musim depan.

Tonggak Sang Penyu itu beberapa kali memberikan bayangan di Instagram rasminya mengenai keputusan untuk meninggalkan Terengganu.

Seakan-akan mengikut jejak Faisal Halim, seorang bintang import TFC pula dikatakan memberi 'hint' destinasi untuk mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Pemain tersebut, Tchetche Kipre memuat naik satu video di Insta Story dengan kapsyen ringkas berbunyi, "My next destination (Destinasi saya seterusnya)."

photo6244346801993921518

Kipre mungkin sebenarnya memberi bayangan destinasi percutian memandangkan Sabah terkenal dengan kecantikan pulaunya. — Instagram

Video yang dimuat naik semula daripada akaun @fieldofvisions itu menunjukkan pemandangan pulau Bohey Dulang di Semporna, Sabah.

Sedutan video tersebut lantas membuatkan ada pengikut Kipre di Instagram tertanya-tanya sama ada pemain dari Ivory Coast itu bakal berhijrah ke Sabah musim depan.

Bagaimanapun, Kipre mungkin sebenarnya memberi bayangan destinasi percutiannya memandangkan Sabah yang terkenal dengan pulau-pulau cantik antara lokasi pilihan pelancong.

Video asal itu juga menyertakan kapsyen berbunyi, "This isn't Maldives, Philippines or Thailand. This is Malaysia (Ini bukan Maldives, Filipina atau Thailand. Ini Malaysia)."

1781905

Status naib johan membolehkan Terengganu FC layak ke saingan Piala AFC musim depan. — Facebook/Terengganu FC

Begitupun tidak mustahil Kipre memberikan 'hint' secara senyap-senyap memandangkan kontraknya bersama TFC tamat pada 30 November 2022, berdasarkan transfermarkt.com.

Meskipun bergelut dengan masalah kecergasan, ayam tambatan skuad kendalian Nafuzi Zain itu mempamerkan aksi cemerlang bersama Sang Penyu musim ini dengan mendahului senarai penjaring terbanyak TFC menerusi 13 gol.

Pemain berusia 34 tahun itu menewaskan gandingannya Kpah Sherman dan Faisal Halim masing-masing dengan enam jaringan.

Kipre bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Terengganu kerana dia pernah beraksi bersama pasukan itu selama tiga tahun sebelum berhijrah ke pasukan Kedah Darul Aman FC pada tahun berikutnya.

Kipre dibawa masuk ke Terengganu pada tahun 2017 ketika di bawah kendalian Irfan Bakti dan merekodkan 29 gol dalam 51 penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram