Macam Neymar, 'freekick' taraf dunia Arif Aiman antara detik rai kemenangan JDT


  • Podium
  • Ahad, 16 Okt 2022

Sepakan percuma dari Arif Aiman pada minit ke-38 menyumbang satu gol buat JDT. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) menutup tirai Liga Super 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Sabah FC dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Susulan kemenangan itu juga sekali gus skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada musim ini dan mengesahkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.

Penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva muncul wira pasukan apabila meledak dua gol, manakala Arif Aiman Hanapi pula cemerlang dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma menerjah penjuru kanan gawang Sabah FC.

JDT MAIN

JDT sewaktu meraihkan menjulang piala Liga Super 2023. — Facebook/JDT

Sepakan percuma dari Arif Aiman pada minit ke-38 itu mendapat pujian penyokong bola sepak tanah air dan rata-ratanya menganggap ia bertaraf ‘world class’.

“Makin hari makin padu Arif. Mula-mula hantar bantuan saja. Lepas itu menjaring, sepakan percuma fuhhh memang pemain yang complete,” tulis penyokong Zaha Nathan.

“Sebiji Neymar punya freekick. Dah ada view dari belakang,” komen penyokong, Akim RY.

“Memang cantik sepakan percuma Arif Aiman ini. Tak sangka dia boleh ambil sepakan percuma, Lepas ini dah boleh ambil peranan ini di skuad kebangsaan,” tulis penyokong, Haziq Iz’Han.

Untuk rekod, gol pada Sabtu itu merupakan pengalaman pertama Arif Aiman menghasilkan sepakan percuma bersama skuad JDT kerana tugas tersebut sebelum diberikan kepada Leandro Velazquez dan Fernando Forestieri.

Sementara itu, kejayaan JDT di sambut meriah apabila menjemput penyanyi antarabangsa tersohor, Jason Derulo membuat persembahan di acara ‘A Night of Johor Champion’.

jason derulo

Jason Derulo dijemput membuat persembahan di acara ‘A Night of Johor Champion’. — Facebook/JDT

Bukan itu sahaja, sambutan kejayaan itu lebih manis apabila kerajaan Johor pada Sabtu mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa.

Selain kejayaan JDT, pemberian cuti khas peristiwa itu juga, dibuat sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang negeri menjuarai Kejohanan Sukan Sukma Edisi ke-20 lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram