Bukan saja Perak FC, bintang JDT jadi buruan 2 kelab gergasi


  • Podium
  • Ahad, 16 Okt 2022

Salah seorang pemain Melaka United yang dipinjamkan dari JDT kini hangat dikaitkan dengan Perak FC. — Facebook

BINTANG Johor Darul Takzim (JDT) yang menyinar di skuad Hang Tuah selepas dipinjamkan dari kelab gergasi itu bagi musim 2022, Syazwan Andik menjadi rebutan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Bekas pertahanan skuad B23 negara itu kini hangat dikaitkan dengan Perak FC yang kini di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim.

Selain The Bos Gaurus, Sri Pahang FC dan Sabah FC turut dikhabarkan memburu sentuhan pemain yang berasal dari Johor itu.

Bersama Melaka United, Syazwan menjadi pilihan untuk kerap diturunkan dalam kesebelasan utama sepanjang Liga Super musim ini.

Bahkan, tahap kecergasannya yang bagus menjadikan dia antara pemain full-time yang sentiasa ada bagi menjaga benteng pertahanan Sang Kancil.

"Pemain pertahanan pinjaman dari JDT FC ini juga turut dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang FC & Perak FC?," tulis laman penyokong Malayantigerfans di Facebook.

309268697_541462607853619_5691118046485220863_n

Syazwan nekad ke Melaka United untuk memburu minit permainan. — Facebook

"Laju mat Perak buat kerja...memang kebanyakan pemain muda atau yang ada pengalaman...terbaik!," tulis Amsyr Aff di ruangan komen.

"Bagus kalau bawa masuk ke Sabah si Syazwan yang dipinjam ke Melaka United FC tu. (Dia) muda lagi," kata Erwin Sabdani.

Pemain berketinggian 1.77 meter itu boleh bermain di posisi bek kiri, sayap kiri dan pemain tengah kiri.

Syazwan nekad ke Melaka United untuk memburu minit permainan.

Untuk rekod, Syazwan menyertai semula JDT selepas menamatkan kontrak dengan Kuala Lumpur pada Januari 2019.

Pemain pertahanan skuad kebangsaan itu mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan Kuala Lumpur berikutan masalah gaji yang tertunggak.

Selepas menyertai JDT pada tahun 2019, Syazwan gagal memecah masuk kesebelasan utama pasukan apabila hanya melakukan tiga penampilan sebelum beraksi untuk JDT II.

Persaingan sengit di bahagian pertahanan tengah JDT membuatkan dirinya sukar mendapat tempat dan berada di belakang Matthew Davies, Shane Lowry, Corbin Ong dalam pemilihan pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram