Saya tak puas hati selagi Sabah tak layak ke AFC — Kim Swee


  • Podium
  • Ahad, 16 Okt 2022

Sabah FC tewas 0-3 ketika bertemu JDT dalam perlawanan terakhir Liga Super pada Sabtu. — Bernama

SABAH FC akan menumpukan pemburuan mereka untuk muncul juara Piala Malaysia 2022 selepas terlepas peluang ke sainga Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023.

Justeru, menurut pengendali skuad The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi mencapai matlamat berkenaan.

"Masih ada Piala Malaysia untuk dilalui dan kita akan cuba untuk mencapai matlamat seberapa jauh boleh pergi (mara) kali ini.

"Kalau ikutkan sasaran pihak pengurusan adalah lima teratas, tetapi saya ada sasaran tersendiri untuk dicapai iaitu layak ke Piala AFC. Kita akan terus berusaha bagi merealisasikan sasaran berkenaan pada tahun hadapan.

"Apa pun, secara keseluruhannya, saya memang tidak berpuas hati selagi tak masuk (Piala) AFC," katanya pada Sabtu.

Sabah FC menamatkan saingan Liga Super pada kedudukan ketiga dengan 42 mata setelah tewas 0-3 kepada Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibahim, Iskandar Puteri Johor pada Sabtu.

Kekalahan itu menyaksikan skuad The Rhinos dipintas Terengganu FC dengan 44 mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Alor Setar, manakala Negeri Sembilan FC tewas 0-2 kepada Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Mengulas aksi berdepan JDT, Kim Swee mengakui kekurangan depth dilihat menjadi faktor utama kepada kekalahan 0-3 Sabah FC.

Justeru katanya, pihak pengurusan merancang untuk membawa masuk ramai pemain bagi mengharungi cabaran lebih getir musim hadapan.

"Bukan mudah main dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim lebih-lebih lagi apabila beraksi tanpa ramai pemain utama yang menyebabkan kita tak dapat beraksi seperti biasa.

"Bagi saya, mereka (JDT), berhak menang," katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram