PERLAWANAN persahabatan antara Perak FC dengan PIB FC di Stadium Perak, Ipoh, pada Rabu menyaksikan skuad The Bos Gaurus di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim, tewas 2-0.
Perak FC akan bertemu sebuah lagi pasukan divisyen kedua Liga Malaysia, Kelantan United (KUFC) pada Ahad, yang bakal menjadi ujian kedua buat Teong Kim.
Aksi kali ini diramal pasti lebih mengujakan dan penyokong semestinya tertunggu-tunggu kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh jurulatih berusia 59 tahun itu.
Di sebalik keterujaan itu, para penyokong berharap Perak FC dapat menunjukkan mutu permainan yang lebih baik, matang dan berkualiti di atas padang.
Seorang penyokong, Shahz Al-Jamalullail berharap Perak FC tidak mengulangi kesilapan yang boleh mendatangkan kekalahan buat pasukan.
"Friendly je... nak cari keserasian dan pemilihan pemain. Menang, seri, kalah bagi aku tak kisah sangat.
Para penyokong berharap Perak FC dapat menunjukkan mutu permainan yang lebih baik, matang dan berkualiti di atas padang. — Facebook
"Dengan PIB FC hari tu game plan dah ada, cuma (pemain) kurang pantas berfikir, terlalu lama pegang bola, terlepas banyak peluang dan melakukan kesilapan mudah.
"Namun nama pun test match. Enjoy, tak payah nak gelabah sangat," katanya di ruangan komen Perak Football Club.
Tambahnya, pemain-pemain berusia yang pernah berkhidmat dengan Perak boleh mencari makan di pasukan lain kerana Teong Kim yang juga bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich, kurang cenderung menggunakan kuda tua.
"Rasanya Indra (Putra Mahayuddin) Wan Zack Haikal, Syamim Yahya, Zamir Selamat dan Idris Ahmad dah boleh cari team lain... LTK tak nak pemain tua," ujarnya.
Bagi rekod musim ini, Perak berada pada kedudukan kedua tercorot Liga Perdana dengan mengumpul lapan mata sahaja. Skuad itu mencatatkan lima kemenangan, dua seri dan 14 kekalahan dalam 18 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram