Terpikat bintang Kedah, penyokong mahu NSFC sambar import Sang Kenari


  • Podium
  • Isnin, 10 Okt 2022

Aksi KDA FC ketika bertemu NSFC dalam saingan Liga Super pada Sabtu. — Facebook

REZEKI tidak menyebelahi Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada Sabtu selepas gagal mengikat mengejar skuad The Jang yang menang tipis dengan keputusan 4-3.

Pasukan KDA FC mendapat gol melalui bintang importnya, Mahmoud Al-Mardi pada tambahan masa tiga minit separuh masa pertama, Sanrawat Decmitr (minit ke-82) dan Marcos Vales Gonzales pada minit ke-89.

Ketiga-tiga gol itu tidak cukup untuk membantu Kedah mengutip sekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan untuk melonjakkan kedudukan dalam carta liga.

Walaupun kalah kepada NSFC namun kewibawaan pemain import Sang Kenari memikat penyokong The Jang.

Seorang penyokong, Aizat Ibrahim berpendapat, antara import Kedah yang menyinar adalah Sanrawat yang dirasakan menjadi nadi kepada pasukan.

307760379_8379553268728996_2676233895770005477_n

Sanrawat berhasil mencetak gol pertama di Stadium Paroi pada Sabtu. — Facebook

"Ramai kata mamat Arab import Kedah tu power, den (saya) tak nafikan memang dia (Mahmoud Al-Mardi) tu power, dua kali freekick kena palang.

"Tapi den (saya) perasan yang menjadi nadi jantung Kedah datang dari pemain import Thailand, Sanrawat yang memainkan watak playmaker. Den tengok walaupun dia lari-lari anak saja atas padang, tapi tiap kali dia hantar bola - short atau long mesti tepat.

"Dia pun pandai cari ruang untuk memudahkan sayap atau striker Kedah menyusup masuk backline NSFC. Ini ciri-ciri pemain tengah yang NSFC kena ada untuk musim depan.

"Tiap kali bola dapat kat dia, den dah seram, dia pass confirm sampai. Den pelik kenapa tiada pemain kita jaga dia," katanya di laman Facebook Penyokong Setia Negeri Sembilan (BOLASEPAK).

1593385

Kualiti Omid Nazari (kanan) dianggap jauh lebih rendah berbanding pemain tempatan. — Facebook

Arul Corepeps turut bersetuju dengan pendapat Aizat yang berpendapat Sanrawat bermain secara tenang manakala Al-Mardi pula dilabel sebagai pakar sepakan freekick.

"No.39 tu kan? (Sanrawat) memang sedap dia kawal permainan, tenang je, yang No.10 (Al-Mardi) tu memang bahaya. Pakar sepakan freekick...cuma tiada luck dia semalam (Sabtu)," balasnya di ruangan komen.

Mhd Fiq pula berasakan Sanrawat boleh menggantikan import NSFC, Omid Nazari pada musim depan.

"Musim depan kalau dapat import Thai Kedah tu confirm baik. Gantikan Omid untuk slot import Asean. Dia tenang betul main eh. Tiap pass semua sampai kat attacking," katanya.

NSFC kini berada di tangga keempat liga dengan mata terkumpul 38 mata. Skuad Jobin Hang Jobun itu akan bertemu Melaka United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Selasa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram