PENJAGA gol kebangsaan, Syihan Hazmi sememangnya mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas mempamerkan aksi memukau ketika Harimau Malaya menentang menewaskan Thailand pada Piala Raja Thai, baru-baru ini.
Ketika penjaga gawang Negeri Sembilan itu diturunkan dalam kesebelasan utama bertemu Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super pada Jumaat, ketangkasannya benar-benar diuji di hadapan pihak lawan.
Ini selepas Harimau Selatan membolosi gawang The Jangs 5-0 yang menyaksikan skuad JDT muncul juara Liga Super selepas pencabar terdekat, Sabah FC tewas kepada Terengganu 0-2, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.
Meskipun Syihan dikaitkan dengan perpindahan ke JDT, anak-anak buah Hector Bidoglio bagaimanapun dilihat tidak memberi muka malah memberi asakan demi asakan kepada pemain berusia 26 tahun itu.
Tidak melatah walaupun prestasinya sedikit tercalar, Syihan tetap menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila menunjukkan adab yang baik ketika bersalaman dengan barisan pemain dan kejurulatihan Harimau Selatan usai perlawanan.
"Sopan santun budak Syihan Hazmi ni kan... jeng jeng jeng," tulis kapsyen pada satu rakaman video yang dikongsikan laman Facebook JDTFC pada Isnin.
Aksi Syihan bersalaman dengan pemain dan barisan kejurulatihan JDT selepas aksi Liga Super pada Jumaat. — Facebook
Di ruangan komen, pengendali laman media sosial itu menambah, "Kang (nanti) admin tulis welcome, satu abad tak habis cerita, orang nak bersalaman pun dah ada yang memekak, okey la tu sopan kan. Welcome tooo...,"
Sementara itu, seorang penyokong JDT mengusik gelagat Syihan yang dikatakan sopan seperti bakal ada yang masuk meminang.
"Haha... lain macam sopannya tu admin, macam orang nak masuk meminang ataupun dipinang orang... macam tunjuk sopan dekat bakal mertua dan saudara-mara," tulis Ezry Shazwan.
"Baik ada makna tu," tambah Nizam Zakaria.
Tangkap layar aksi Aidil Zafuan dan Syihan usai perlawanan antara JDT dan NSFC pada Jumaat. — Facebook
Faizal Hj Mustaffa pula menulis komen, "Aidil dah buat isyarat calling-calling tu faham-fahamlah dia ajak pergi mana."
Sementara itu, ada juga penyokong yang beranggap Syihan berbuat demikian kerana menghormati senior dalam pasukan Harimau Malaya yang kebanyakannya terdiri daripada pemain JDT.
"Dah sama-sama berjuang untuk Harimau Malaya sedikit sebanyak dah rasa macam adik-beradik di luar perlawanan. Penyokong je yang emosi.
"Pemain semua kawan-kawan, beza dengan yang tak pernah main bersama dalam skuad Harimau Malaya," kata Ab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram