PETALING Jaya FC (PJ) City meraih satu mata berharga selepas berjaya mengikat 2-2 pendahulu Liga Super 2022, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor.
Harimau Selatan pada awalnya dilihat mendominasi perlawanan dengan jaringan pertama dilakar oleh penyerang import Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-48.
PJ City kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain kebangsaan Darren Lok pada minit ke-73 sebelum Akhyar Rashid kembali menceriakan JDT dengan meledak gol kedua pada minit ke-86.
Namun, R Kogileswaran bergelar ‘hero’ buat skuad The Phoenix apabila berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, sekali gus membolehkan PJ City meraih satu mata berharga.
Meskipun bermain tanpa pemain import, PJ City masih dapat membuktikan kemampuan pemain tempatan dengan mengikat seri JDT yang dibarisi beberapa bintang luar negara.
Kesebelasan utama JDT pada aksi menentang PJ City. — Facebook JDT
Tidak berjaya mengekal momentum kemenangan Piala FA Sabtu lepas, membuatkan penyokong Harimau Selatan mempersoalkan kemampuan prestasi pemain import JDT yang disifatkan hanya menyinar semasa pentas akhir.
“Beli pemain berjuta-juta tapi hasil nak kena masuk final baru betul-betul perform..hmmm,” kata penyokong,” kata penyokong Azli Al Farisi.
“Tapi yang paling ketara ialah kelembapan dan peluang-peluang yang disia-siakan Foresteri. Lepas itu nak tiru Maradona pulak (tahu lah Maradona tu sekampung dan jurulatih awak) main volleyball pula nak score gol jadi mendapatlah kad kuning,” tulis penyokong, Radzi Abdul Rashid.
“Lepas Murga masuk bolos dua gol...baik kekalkan Shahrul Saad lagi pandai jaga bola. Forestieri dan Bergson banyak mensia-siakan peluang. Mereka berdua tak perform..sepatutnya ganti lebih awal, ” kata penyokong JDT, Izham Shah.
Bergson menjaringkan penalti pada minit ke-48. — Facebook JDT
Keputusan seri itu menjejaskan perjalanan JDT bagi memburu kejuaraan kesembilan musim ini dengan mereka kini mengumpul 43 mata, tujuh mata di depan pasukan tangga kedua, Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram