Bergson, Corbin Ong ada kejutan baik punya untuk TFC


  • Podium
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Sebahagian pemain JDT menjalani latihan sebagai persediaan terakhir sebelum bertemu TFC pada aksi final Piala FA. — Facebook/Johor Southern Tigers

BERBAKI kira-kira 24 jam sebelum perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu, kedua-dua pasukan giat menjalani persiapan terakhir bagi memastikan prestasi masing-masing di tahap terbaik.

Skuad JDT yang tiba di Kuala Lumpur pada Khamis, tidak menunggu lama untuk memanaskan badan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi final pada Sabtu.

Laman penyokong Johor Southern Tigers berkongsi koleksi gambar bintang-bintang JDT yang giat mengikuti latihan kecergasan di bawah pemantauan ketua jurulatih, Hector Bidoglio.

Paling mencuri tumpuan sudah tentunya penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva yang tampil berbeza dengan gaya rambut baharu berwarna biru terang.

305833551_2381744455322173_5163951420036457898_n

Bergson tampil berbeza dengan gaya rambut baharu berwarna biru terang. — Facebook/ Johor Southern Tigers

Meskipun berambut pendek, tonggak import dari Brazil itu sentiasa memastikan gaya rambutnya rapi, kemas dan bergaya lebih-lebih lagi menjelang satu-satu perlawanan.

Sebelum ini, laman penyokong JDTFC turut berkongsi video menunjukkan penyerang Harimau Selatan itu mendapatkan khidmat menggunting rambut sebelum ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang ketika aksi saingan Liga Super pada Julai lepas.

Selain Bergson, Corbin Ong turut tampil dengan rambut gaya ala dreadlock, sesuai dengan tekstur rambutnya yang ikal, kerinting dan tebal.

Jika sebelum ini, dia selesa hanya dengan mengikat rambut, namun gaya rambut baharu pemain pertahanan berdarah kacukan England-Malaysia itu memberi kelainan kepada penampilannya.

305623858_2381744325322186_856507796810733964_n

Corbin pula selesa dengan gaya rambut ala dreadlock menjelang pertemuan dengan TFC. — Facebook/ Johor Southern Tigers

"Rambut macam movie predator pula wow," Rimba Bara.

"Mantap Corbin...rambut final..kasi tapau Terengganu Corbin," kata Muhammad Ayob.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi Piala FA pada 2011 menundukkan Kelantan 2-1 ketika bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

JDT turut berazam membawa pulang trofi Piala FA selepas kali terakhir kelab gergasi bola sepak negara itu muncul juara pada 2016. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram