'RM65 habis tengok bola, tapi dapat tengok sarkis' — Rintihan penyokong Selangor makin menjadi-jadi


  • Podium
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Antara babak perlawanan Selangor menentang TFC pada Rabu. — Facebook/TFC

PERSEMBAHAN turun naik ditunjukkan oleh Selangor FC semakin parah apabila tewas 0-2 di tangan Terengganu FC (TFC), dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Rabu.

Meskipun sering kali menjadi bahan kecaman, skuad The Red Giants seolah-olah 'kebal' daripada caci-maki penyokong.

Terdahulu, selepas tewas 2-3 di tangan NSFC pada 31 Julai lalu, penyokong Selangor tidak ketinggalan untuk melakukan protes di Stadium MBPJ.

Screenshot 2022-08-18 151357

Aksi pemain TFC menentang Selangor pada Rabu. — Facebook/ Selangor FC

UltraSel dilihat bertindak menyanyi atau chanting dengan membelakangkan pemain sambil memegang bahu sesama sendiri.

Sebelum ini, seorang penyokong Selangor tidak dikenali meluahkan kekecewaan atas kekalahan itu di media sosial.

Dia menegaskan bahawa, sekiranya pasukan itu mempunyai masalah dalaman termasuk tidak menyukai ketua jurulatih, mereka disarankan untuk tidak menterjemahkan kebencian itu di dalam perlawanan.

Hal ini kerana, katanya, perkara itu boleh menyebabkan suatu pengkhianatan terhadap penyokong yang hadir menonton perlawanan.

Terbaharu, seorang lagi penyokong The Red Giants meluahkan rasa kecewa dan menyesal selepas hadir ke Stadium MBPJ pada Rabu.

Foo Art menganggap suatu pembaziran wang, selepas dia menghabiskan wang RM65 hanya untuk menyaksikan kekalahan Selangor di tangan TFC.

"Tiket RM27, kuaci brown RM10, air RM3, parking RM5, minyak kereta RM20. RM65 habis nak tengok bola je ni.

"Apa benda main macam ni. Penyokong datang nak tengok bola, dapat pulak tengok sarkis," katanya menerusi komen di laman Facebook pada Khamis.

Selangor kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dengan mengutip 16 mata apabila sekadar memperoleh empat kemenangan, empat seri dan selebihnya tewas selepas 14 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram