Main huru hara, penyokong ramal JDT simpan 'kuku' aksi final Piala FA


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Antara aksi pemain JDT dan TFC pada perlawanan yang diadakan di Stadium Mizan Zainal Abidin. — Facebook TFC

JOHOR Darul Takzim (JDT) meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu.

JDT mendahului menerusi serangan pantas yang disudahkan oleh Bergson da Silva pada minit ke-31 dan jaringan kedua pula disumbangkan oleh Fernando Forestieri, seminit selepas separuh masa kedua bermula,

Selepas lima minit gol kedua JDT, Terengganu berjaya merapatkan jurang apabila sepakan percuma Hakimi Abdullah yang berjaya menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-51.

Meskipun kemenangan berpihak pada skuad Harimau Selatan namun aksi yang ditunjukkan oleh skuad dibawah kendalian Hector Bidoglio itu kurang digemari penyokongnya.

JDTT

Kesebelasan utama JDT pada aksi Liga Super, Rabu. — Facebook TFC

Selepas aksi di laman skuad Penyu itu, penyokong JDT melihat skuad Harimau Selatan bermain agak kucar-kacir jika dibandingan dengan perlawanan lain yang berlangsung sebelum ini.

"Betullah tengok dah macam bukan JDT main. Kena cari balik ketenangan yang selalu. Memang tak tenang langsung malam ini," kata penyokong, Hairizal Haji Hamdan.

"Tahniah JDT menang tapi kualiti tak seperti sebelum... Hong wan suka pass belakang...hahahaha... Farizal lalai dan mengelamun... Leandro tiada syarikat filem nak ambil ke. Pertahanan kucar kacir, harap back to normal," kata Dasyatidae Hunter.

Oleh kerana persembahan kurang memberangsangkan itu, penyokong berpendapat JDT sengaja bermain aksi hambar berikutan ingin menyimpan senjata rahsia menjelang pertembungan perlawanan akhir Piala FA pada hujung bulan ini.

"Saja bagi aksi huru-hara. JDT tak nak tunjuk perlawanan yang sebenar. Bagi Terengganu gembira dahulu," kata Faizal Black.

"Saja simpan kuku sikit untuk ACL dan final Piala FA nanti," kata Azman Bakar yang bersependapat bahawa JDT menyimpan senjata rahsia untuk pentas akhir Piala FA.

isi 1

Antara aksi pemain JDT mengekang pemain skuad Penyu. — Facebook TFC

Bagi penyokong Mohd Rafy, aksi kurang cemerlang itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kecederaan menimpa pada pemain kerana perlawanan peringkat kalah mati AFC Champions League (ACL) 2022 peringkat Zon Asia Timur akan bermula minggu hadapan.

Selepas kemenangan ke atas tuan rumah, JDT meraih kemenangan ke-12 dengan mencatatkan 38 mata selepas 14 perlawanan manakala Terengganu kekal dengan 17 mata selepas 13 perlawanan.

Kedua pasukan bakal berentap sekali lagi bagi merebut trofi Piala FA 2022 yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung Ogos ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram