'Tak salah Nidzam Jamil terus jadi ketua jurulatih', jasa kendali Felda United jadi sandaran


  • Podium
  • Rabu, 10 Ogos 2022

Nidzam dikatakan sudah mengenali semua pemain-pemain Selangor FC sejak bersama pasukan itu dari awal musim ini. — Facebook

PADA Selasa, Selangor FC mengumumkan mengenai persetujuan bersama pihak pengurusan tertinggi kelab itu dan Michael Feichtenbeiner untuk melepaskan jawatan ketua jurulatih pasukan utama yang digalas selama setengah musim.

Tugas tersebut kini digalas oleh pembantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai ketua jurulatih sementara (interim head coach) bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022.

Rata-rata penyokong menyifatkan jurulatih muda itu patut diberi peluang untuk mengemudi skuad The Red Giants lantaran kemampuan mengendalikan Felda United FC pada 2019 hingga 2020.

"Bagi peluang kepada Nidzam. Masa di Felda dah okay dengan bajet kecil dan player biasa-biasa. Nak tengok juga dia kendalikan pasukan besar. Lagipun selain Nafuzi, dia jurulatih muda yang ada potensi," kata Ad Jml.

Nidzam-Jamil

Nidzam dirasakan memiliki kebolehan untuk mengendalikan Selangor FC. — Facebook

Sementara itu, Muhammad Syukri Nazari berkata, Nidzam sudah mengenali semua pemain-pemain Selangor FC sejak bersama pasukan itu dari awal musim ini.

"Tak mustahil kalau dia mampu bawa Selangor kembali bangkit," katanya.

Nur Syazwana pula berpendapat, jika Nidzam mampu memperbaiki prestasi Selangor FC yang susak nak beroleh kemenangan, tak salah jika beliau jadi ketua jurulatih terus.

"Pada pendapat saya ada baiknya Nidzam handle sampai habis musim. Dia pun ada pengalaman handle team Felda," ujar Ijat Man.

Selangor FC mengalami beberapa siri kekalahan termasuk tewas ke pentas akhir Piala FA di tangan Terengganu FC.

Para penyokong King of Malaya itu menggesa agar perubahan segera dilakukan oleh pengurusan pasukan termasuk menyingkirkan Feichtenbeiner jika mahu skuad Gergasi Merah untuk kembali ke prestasi terbaik.

297027824_474739931324407_2533012631446557168_n

Selangor melahirkan ramai pemain muda yang mewakili pasukan utama Selangor FC dan pasukan kebangsaan. — Facebook

Di bawah kendalian Feichtenbeiner, Selangor melahirkan ramai pemain muda yang mewakili pasukan utama Selangor FC dan pasukan kebangsaan.

Sehingga kini, seramai 19 pemain muda dari pasukan feeder Selangor FC telah diserap ke pasukan utama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan ramai lagi.

Selain daripada segi barisan kejurulatihan, penyokong Gergasi Merah turut berharap ada perubahan pada struktur pengurusan Selangor bagi menamatkan badi kekalahan pasukan kesayangan mereka.

"Pengurusan Selangor FC bila lagi... empat tahun dah masih tak berubah," luah Che Shamsuddin.

"Beli masa saja ni...biar kemarahan penyokong reda sikit. Apa kejadahnya bakat muda Myanmar (Htet Aung) dan Ghana (Alex Agyarkwa) pun dimasukkan dalam statistik pemain muda yang dinaikkan ke skuad utama?

"Pasukan lain ambil import untuk tampung kekurangan kemahiran pasukan dan membantu tambah kekuatan pasukan. Selangor ambil import untuk dinaikkan ke skuad utama," kata Khairul Faizi Omar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram