Ada gaya Bergson, 'ubi muda' JDT Izham Aiman bakal terbang ke Sepanyol


  • Podium
  • Khamis, 04 Ogos 2022

Izham Aiman sewaktu pemberian bonus yang disampaikan oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT, Martin Prest, Pengarah Sukan JDT dan Hector Bidoglio, Ketua Jurulatih pasukan senior mewakili Tunku Ismail dan JDT.

SELEPAS berjaya membentuk bintang muda Arif Aiman Mohd Hanapi, Akademi Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi melahirkan ubi muda sebagai pelapis masa hadapan Harimau Selatan.

Nama pemain B-14 Akademi Bolasepak JDT, Muhammad Izham Aiman menjadi tumpuan penyokong arena bola sepak tanah air terutama dalam kalangan penyokong Harimau Selatan kerana kejayaannya pada kejohanan Laliga Youth Tournament.

Pada kejohanan Laliga Youth Tournament itu, Izham Aiman dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Susulan pencapaiannya itu memberikan peluang kepadanya untuk terbang ke Madrid, Sepanyol bagi menjalani latihan bersama beberapa jurulatih terbaik dunia disana.

IZHAM

Pemain JDT B-14, Izham Aiman dinobatkan sebagai pemain terbaik Laliga Youth Tournament.

Rata-rata penyokong JDT mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain cilik itu sehinggakan ada yang beranggapan prospek Akademi JDT itu mempunyai gaya permainan penyerang sensasi Harimau Selatan, Bergson Gustavo Silveira da Silva.

"Bergson junior budak ini," kata penyokong JDT, Rosli Abdul Rahman di laman penyokong skuad Harimau Selatan, Darul Takzim FC & Johor FA.

"Terbaik Izham, kalau digilap lagi di Sepanyol nanti boleh jadi macam Bergson," kata Darwine Radibe Periyodista.

"Terbaiklah adik. Dia memang layak memang dah nampak bakat dia dari kecil masa tengok dia main futsal di kampung sendiri bersama rakan sebaya dia punya skill permainan dah memang agak dia boleh pergi jauh," kata Mirzaalhafiz Mirzaalhafiz.

Setibanya di Madrid nanti, Izham Aiman turut berpeluang untuk melawat ibu pejabat La Liga dan menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium La Liga.

Sepanjang menjalani latihan, Izham juga akan dipantau 42 kelab professional di Sepanyol.

Latihan di Sepanyol itu jelas merupakan peluang terbaik untuk Izham Aiman buktikan kemampuan sebenar dan meyakinkan perekrut-perekrut antarabangsa disana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram